Authors Posts by Dayana Batrisyia

Dayana Batrisyia

45 POSTS 0 COMMENTS

0 5988

Seperti yang anda tahu, galeri rumah terbalik sudah dibuka di Melaka dan juga Sabah dimana mendapat sambutan yang ramai. Siapa sahaja tidak mahu mengunjungi rumah pelik dan unik ini, bukan? Berita terbaru mengatakan bahawa Galeri Rumah Terbalik (Upside Down Art Gallery) akan dibuka di Port Dickson pula pada bulan Mei ini. Lokasinya terletak di:

No 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai teluk kemang batu 9 (Berdekatan Politeknik), Port Dickson

Dapatkan hotel dengan potongan 60% di Port Dickson sekrang. Klik disini

4 3 2

 

 Galeri Rumah Terbalik di Sabah

Kepada sesiapa yang tidak tahu, Sabah juga mempunyai galeri rumah terbalik. Sesiapa yang bercuti atau pergi ke Sabah, jangan terlepas peluang untuk melawat tempat ini!

Lokasi:  Kampung Talibong, Batu 21, Jalan Talibong, Tamparuli Sabah

kk 424 kk 426 kk 430

 

 

0 935

1400-samantha-brown-tips-women-travel-solo.imgcache.rev1412779666538.web.672.378

Travelling sendirian merpuakan satu penghargaan kepada diri sendiri untuk menikmati dunia dengan cara yang tersendiri. Beberapa tahun yang akan datang mungkin anda tidak akan memiliki waktu untuk menikmati masa tersendiri oleh kerana perlu fokus kepada keluarga atau kerja. Jadi, nikmatilah saat-saat anda masih ada ini untuk jalan-jalan seorang diri. Berikut adalah tips untuk traveling sendirian dikutip dari Huffingtonpost, Jumat (16/1/2015):

1. Beranikan Diri

Beranikan diri anda untuk pergi sendirian. Anda juga harus membuat komitmen untuk pergi berjalan-jalan dengan sendiri dan menghabiskan masa dengan cara anda sendiri. Keberanian adalah perkara pertama yang harus anda miliki ketika ingin melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan sebelumnya.

2. Lakukan penelitian sebelum pergi

Anda tentu tidak ingin pergi ke salah tempat yang sedang mempunyai konflik. Lakukan penelitian mengenai tempat yang akan anda kunjungi. Cari tahu negara mana yang sedang yang masuk dalam daftar travel warning. Anda boleh mencari tahu tingkat kriminal dalam negara tersebut, atau tempat-tempat tertentu yang mungkin berbahaya, dengan melalui internet.

3. Fokus kepada keinginan dan keperluan

Apabila anda sudah meyakinkan diri berani pergi sendiri, anda juga perlu menentukan ke mana anda ingin pergi, apa yang ingin anda lakukan, dan apa yang anda perlukan. Jangan menyusahkan diri anda kerana tidak tahu apa yang akan anda lakukan di kota atau negara yang anda kunjungi. Rancanglah percutian anda dengan baik.

4. Bawa barang yang perlu sahaja

Anda harus menyadari bahwa saat ini anda sedang travel sendirian. Jadi jangan paksa diri ada untuk membawa barang-barang yang kurang penting kerana akan membebankan anda. Anda tidak perlu membawa hair dryer, kasut/selipar dengan jumlah yang banyak, dan semua barang-barang yang tidak begitu penting yang mungkin anda tidak gunakan nanti.

5. Senyum

Pasanglah senyuman pada wajah anda ketika pergi. Ia akan memberikan aura yang memancar kepada diri anda. Jangan beremosi akan hal-hal seperti penundaan penerbangan. Jangan biarkan diri anda kelihatan muram di dengan marah-marah. Menghias wajah dengan senyuman akan membuatkak anda kelihatan tenang.

 

 

 

0 787

Jetlag14

TRavelling merupakan kegiatan yang menyenangkan. Pergi ke merata tempat atau negara lain serat menikmati budaya, makanan dan pemandangan yang berbeza meninggalkan kesannya tersendiri. Salah satu kegiatan yang tidak menyenangkan ialah waktu menunggu yang dihabiskan di pesawat. Ketika anda terbang ke negara-negara jauh untuk bekerja atau untuk bercuti, anda akan melewati zon waktu. Dalam hitungan hari atau jam, anda akan melintasi banyak zon dan waktu yang berbeza dan akan membuatkan badan anda lambat untuk memberi reaksi.

Perasaan aneh ini terjadi apabila anda sukar tidur pada malam hari sehingga kurang tidur pada siang hari. Ini akan membuatkan tubuh badan anda berasa lesu dan mengalami kesulitan untuk menyesuaikan diri dengan hari biasa disebabkan oleh jet lag. Dalam hal ini, terdpaat perkara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi jet lag.

1. Bersenam

Apabila anda mempunyai kehidupan fizikal yang aktif, anda tidak akan merasai jet lag dengan ketara kerana tubuh badan anda mengeluarkan endorfin daripada aktiviti fizikal anda seperti bersenam. Dengan pengeluaran endorfin, tubuh badan anda tidak akan berasa letih dan tubuh anda kekal fit dan aktif. Jika anda termasuk dalam golongan yang tidak suka berolahraga, cubalah untuk tidak tidur, pergi keluar bersiar-siar dan mengambil udara segar dengan berjalan. Dengan ini sedikit sebanyak dapat mengilangkan jet lag anda.

2. Cuba menyesuaikan diri dengan waktu atau zon yang berbeza

Untuk melakukan ini, cuba dan rangsang zon waktu yang baru beberapa hari sebelum anda pergi. Tidur lebih awal untuk mendapatkan tenaga yang baik pada keesokan hari. Cuba dapatkan rehat yang secukupnya.

3. Kekal hidrat

Minum banyak air semasa penerbangan dan cuba berjalan sedikit jika anda melalui jam penerbangan yang agak panjang. Minum banyak air akan memberikan alasan buat diri anda untuk berjalan ke tandas. Lakukan sedikit regangan juga jika anda mempunyai ruang yang lebih.

4. Dapatkan udara segar

Jangan sesekali cuba untuk mecipta siang dan malam yang baru di tempat baru. Membuat siang menjadi malam dan juga sebaliknya. Anda perlu keluar dan mengambil udara segar. Dengan ini tubuh anda dapat menyesuaikan diri dengan segera.

5. Jangan minum alkohol semasa penerbangan

Minum alkohol dengan kadar yang berlebihan akan memberi kesan buruk kepada anda setelah turun dari pesawat. Tubuh anda tidak dapat mengatasi banyak perkara. Dengan semua perubahan zon/waktu dan waktu tidur berubah, tubuh badan anda akan menerima pukulan. Jangan menambahkan stress pada diri anda.

 

 

0 1074

Time-Management

Tidak ramai berpendapat bahawa menjimatkan masa itu sama penting dengan menjimatkan wang. Anda boleh mendapatkan wang pada bila-bila masa sahaja asalkan anda berusaha dan bekerja keras tetapi dengan masa, anda tidak boleh berbuat seperti demikian. Masa tidak boleh berpatah balik dan anda tidak akan dapat berpatah balik pada waktu yang anda hilangkan.

Waktu atau masa adalah sesuatu yang tidak boleh diganti. Ramai yang tidak memahami apabila mereka membuang waktu atau sengaja melengahkan masa, mereka bukan sahaja kehilangan waktu mereka tetapi membuang masa orang lain juga. Terdapat beberapa tips yang anda boleh amalkan supaya tidak kehilangan masa dengan sengaja atau tidak lagi.

1. Bangun tepat pada masa

Jangan hanya mengatur alarm pada malam hari dan matikannya pada pagi hari dan kembali tidur. Jika begitu cara anda bangun setiap hari, memang tidak akan membantu. Anda perlu bangun dengan segera apabila alarm sudah berdering. Jangan melengahkan masa atau meletakkan dismiss atau snooze pada alarm. Ia akan membuatkan anda terlewat. Jika anda bangun pada masa yang tepat, anda akan dapat melaksanakan kerja dengan baik dan tidak terburu-buru.

2. Membuat perkara lain setelah selesai membuat perkara yang sebelumnya

jangan sesekali membuat pelbagai perkara dalam satu masa. Jika anda mahu menyiapkan sesuatu perkara dengan cepat, set kan masa anda untuk membuat perkara tersebut dan apabila telah selesai, baru mulakan kerja yang lain. Jangan biarkan fikiran anda melayang dan terganggu dengan pekerjaan yang lain. Dengan membuat satu pekerjaan sahaja, anda boleh membuat kerja dengan lebih teliti dan fokus. Hasilnya lebih baik daripada anda mecuba untuk membuat kerja yang lain pada waktu yang sama.

3. Habiskan masa yang sedikit di internet atau di telefon

Manusia banyak menghabiskan masa harian dengan telefon dan internet. Daripada anda membuang masa di internet dengan benda-benda yang tidak berfaedah dan tanpa tujuan, lebih baik anda membuat sesuatu kerja yang berfaedah atau menyiapkan kerja yang tertangguh. Bermain telefon selama beberapa minit akan mengarah ke beberapa jam. Jadi anda perlu cuba menolak semua gajet-gajet anda untuk menikmati masa yang lebih panjang dan bermanfaat.

4.Menetapkan matlamat jangka pendek

Tulis apa yang anda hendak lakukan hari ini… esok… minggu ini. Kiranya, matlamat jangka pendek. Aksi menulis tersebut akan membuat kan matlamat jangka pendek kita masuk ke minda separuh sedar kita, dan menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan apa sahaja kerja yang ditulis.

5. Tulis matlamat di atas pada malam sebelumnya

Kerana, ketika tidur pun, apa yang kita rancangkan untuk esok akan bermain di kepala kita dan membuatkan kerja tersebut lebih mudah untuk dilaksanakan dengan cepat.

 

 

 

0 979

bruce250415na

Siapa sangka Bruce Jenner yang dulunya pernah menjadi atlet sukan Olimpik yang terkenal dengan kehebatannya dan menang beberapa pingat emas dalam sukan tersebut kini membuat pengakuan bahawa dirinya sebenar adalah seorang perempuan?

Bertahun-tahun lamanya Bruce Jenner telah menyimpan rahasia besar dalam dirinya. Ya, ayah tiri selebriti terkenal Kim Kardishian akhirnya mengaku bahawa dirinya adalah seorang perempuan. Tentunya ini menjadi perkara paling bersejarah dalam hidupnya.

Melalui sebuah wawancara dengan Diane Sawyer, bintang yang dulunya adalah seorang atlet ini secara tegar mengakui jika hidup seorang Bruce Jenner dipenuhi dengan kepalsuan. Bruce yang sebenarnya adalah seorang wanita, penuh dengan mental dan pemikiran yang feminin.

Tentu saja ini menjadi hal yang sangat sulit baginya. Mempersiapkan wawancara ini sejak bertahun-tahun silam, inilah saat-saat yang paling ditunggu oleh bekas suami Kris Jenner itu. Dia berasakan dia tak perlu berbohong pada dirinya sendiri dan kepada orang ramai.

Tak semua orang berani mengungkapkan kebenaran seperti yang baru saja dilakukan oleh Bruce. Namun, Bruce yang berusia 65 tahun ini akhirnya mencuba dan mengeluarkan kata demi kata dari bibirnya walaupun diiringi dengan air mata.

Dengan wajahnya yang tegang, dia tetap terus melanjutkan wawancara dengan penuh tabah dan bersalah terhadap perkara yang telah menghantui dirinya selama ini.

Sebelum ini, Bruce sempat mengakui jika dirinya tidak mahu menyakiti sesiapa pun, terutama keluarganya. Tetapi pengakuannya ini memang menjadi perkara yang telah ditunggu-tunggu oleh dirinya bahawa Bruce yang kini telah berubah menjadi seorang wanita.

 

0 4430

Sudah bosan dengan percutian di pantai barat Malaysia? Ayuh lah nikmati keindahan pulau yang bersih dan jernih di pantai timur Malaysia ini! 10 tempat menarik yang mempunyai pantai-pantai yang cantik ialah..

1. Pantai Juara, Pulau Tioman, Pahang

691185 Singapore-EXCURSIONS-Pulau-Tioman-2 pulau-tioman

Pantai Juara terletak di Pulau Tioman, Pahang. Bagi yang mencari ketenangan di pulau dan jauh dari orang ramai dengan pantai yang cantik, ini adalah tempatnya. Selain daripada bercuti, terdapat resort yang menyediakan kemudahan kayak, restoran, Wi-Fi , pakej percutian/snorkelling yang murah dan sebagainya. Pada 1970-an, Pulau Tioman Malaysia telah dinamakan sebagai salah satu daripada sepuluh pulau yang paling indah di dunia oleh majalah Time dan telah dinobat sebagai salah satu daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN.

Di sini terdapat pelbagai tempat penginapan yang menarik dan bergantung kepada bajet anda seperti Berjaya Tioman Resort, Selesa Tioman, Tunamaya Beach & Spa Resort dan Paya Beach Resort.

2. Pulau Perhentian Kecil, Pualu Perhentian, Terengganu

2-pulau-perhentian-long-beach-pulau-perhentian-kecil 1_XlTTMn1WTbtTBLt2ZpFp_large Boats_at_Perhentian_Kecil_jetty

Tersenarai sebagai di antara 100 pulau tercantik di dunia oleh CNN, pastinya anda tidak boleh melepaskan peluang ke sini. Pulau Perhentian Kecil mempunyai ‘Long Beach‘ di mana tempat yang paling meriah pada waktu malam di Pulau Perhentian dan pantai di Perhentian Kecil merupakan di antara pantai tercantik di Malaysia. Kebanyakkan pengunjung masih tidak mengenali pantai ini dan bot tidak dibenarkan memasuki pantai ini kerana terdapat banyak terumbu karang dengan air yang cetek. Di sini terdapat pemandangan indah ketika matahari terbenam. Dikelilingi hutan yang bersih, pepohon yang melambai, pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru, Pulau Perhentian menjadi kawasan perlindungan untuk binatang, burung yang berhijrah dan sebagainya.

Anda juga boleh membuat perancangan untuk pelayaran ke pulau-pulau berhampiran, dan bot boleh disewa untuk meninjau kawasan di sekitar pulau ini. Lawatan ke pulau tropika ini menjadi kemestian bagi mereka yang sukakan sukan luncur angin, belayar, berkayak dan memancing di laut dalam. Selain itu juga, ramai pengunjung ’backpacker’ gemarkan destinasi ini kerana terdapat pelbagai pilihan penginapan dan makanan dengan harga yang berpatutan.

3. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah

600-cenang rhu-main pantai-tanjung-rhu-pulau-langkawi-langkawi-island-malaysia

Terletak di luar Pantai Pasir Hitam, Tanjung Rhu mempunyai salah satu persisiran pantai terbaik Langkawi. Air di kawasan pantai jelas seperti kristal, pasirnya pula halus menjadikan pantai ini tersenarai sebagai salah satu pantai tercantik di dunia.

Terdapat beberapa gerai di tepi jalan menjual makanan popular di Langkawi dan terdapat beberapa buah resort seperti Tanjung Rhu Resort serta Four Seasons Resort bagi mereka yang ingin menginap di sini. Kebanyakkan pelancong di Langkawi berkunjung ke pantai Pantai Cenang, tetapi bagi yang inginkan ketenangan, Tanjung Rhu adalah pilihan yang tepat.

4. Pantai Pulau Langkayan, Sabah

Lankayan_island-01 Snorkelling-at-Lankayan lankayan21

Pulau Lankayan adalah sebuah pulau batu karang tropika yang amat kecil yang berada di Laut Sulu, terletak di barat laut Pulau Borneo, dibawah naungan negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terletak kira-kira 15 km dari Sandakan.

Pantai di pulau ini ini terkenal dengan pasirnya yang amat putih yang hampir sama dengan suasana di pulau Maldives. Pulau ini mempunyai perairan yang dilindungi dan diisytiharkan sebagai sebuah taman laut negara. Pantai di Pulau Langkayan juga mempunyai resort yang eksklusif, bermakna anda boleh berehat dan menikmati keindahan alam semula jadi.

Pulau Lankayan adalah sebuah pulau kecil, ditutup sepenuhnya dengan tumbuh-tumbuhan tropika dan pokok sena tinggi. Pulau ini adalah bersih, tidak mempunyai pekerjaan yang dialami manusia untuk panjang, jadi pantai dan air laut yang bersih dan jernih adalah bebas daripada kotoran dan plastik.

5. Pantai Pulau Mataking, Sipadan, Sabah

7512096_orig sipadan-kapalai mabul-pulau-cantik

Pulau Mataking termasuk di dalam kawasan Borneo Nusantara Malaysia dan ia terkenal kerana menjadi sebahagian daripada “syurga penyelam” sama juga seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Tidak seperti destinasi pelancongan yang berada di bawah pentadbiran langsung Daerah Sabah, kawasan ini adalah kawasan persendirian.

Kedua-dua bahagian pulau iaitu Mataking Besar dan Mataking Kecil adalah dihubungkan secara semula jadi melalui jalan pasir yang sempit, di mana anda boleh berjalan ketika air surut. Pulau ini adalah seluas 40 ekar, tetapi walaupun saiz yang kecil, anda boleh membuat pelbagai aktiviti di sini.

Untuk ke sini, anda perlu mengambil penerbangan ke Tawau melalui Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu. Anda boleh menggunakan pengangkutan kereta sewa/van dari bandar Tawau pada siang hari ke Semporna dan dari situ anda boleh menggunakan perkhidmatan bot laju ke Pulau Mataking ( perjalanan selama 1 jam ). Anda juga boleh menggunakan bot ke pulau melalui Pulau Sipadan atau Pulau Mabul.

6. Pantai Pulau Manukan, Sabah

37769985-img_8048a sabah-kota-kinabalu-manukan-01 pulau-manukan-7

Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia dan diiktiraf sebagai taman laut negara. Ia terletak di bahagian Malaysia Timur iaitu di negeri Sabah, pulau ini boleh dilawati dengan menggunakan bot yang mengambil masa 10 minit perjalanan. Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat cantik dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuklah parasailing, selam skuba, mendaki gunung dan mengambil gambar permandangan bagi peminat fotografi. Bagi yang ingin menginap di sini, anda boleh berkunjung ke Manukan Island Resort.

7. Pantai Pulau Sapi, Sabah

Sapi Island P1060347 images

Pulau Sapi terletak di luar pantai pusat bandar Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan tarikan utama di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Dari Hyatt Regency Kinabalu, anda perlu menaiki teksi ataupun 10 minit berjalan kaki untuk ke jeti di terminal feri Jesselton Point, Kota Kinabalu.

Air laut dan pantai Pulau Sapi adalah sangat jernih dan mungkin adalah salah satu pantai yang paling indah di Malaysia. Pada siang hari, pantai meriah dengan pelbagai aktiviti pantai. Pada waktu siang di Pulau Sapi, pelbagai aktiviti pantai diadakan seperti selam skuba dan kawasan pantainya sesuai untuk aktviti renang.

8. Pantai Pulau Mabul, Sabah

images 2474077-travel_picture-pulau_mabul2 images (1)

Pantai ini mungkin salah satu pantai yang terbaik yang pernah anda lihat. Imej indah pulau di lautan Pasifik Selatan akan segera berada di fikiran anda sebaik sahaja anda melangkah kaki ke pantai di sini.

Pulau Mabul terletak kira-kira 15 minit dari Pulau Sipadan dengan menaiki bot, pulau yang berada di luar pantai tenggara Borneo, di Sabah, ini adalah permata sebenar Laut Selatan. Terkenal bukan sahaja kerana berdekatan dengan Pulau Sipadan, tetapi juga untuk kecantikannya yang tersendiri, pulau kecil dikelilingi pasir putih, dan terkenal sebagai yang terbaik bebas kotoran untuk para penyelam.

Lapangan terbang paling dekat dengan Mabul adalah Tawau, dengan penerbangan harian yang kerap dari Kuala Lumpur dan Singapura. Dari Tawau, anda boleh mengambil teksi atau van mini untuk ke Semporna, sebuah pelabuhan dengan masa pemanduan kira-kira 2 jam. Dari Semporna, anda mengambil kira-kira 45 minit untuk sampai ke sana dengan bot laju.

9. Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang, Mersing, Johor

download images download (1)

Sebenarnya, nama rasmi pantai ini adalah pantai Pasir Panjang, seperti yang tercatat di jeti, akan tetapi oleh kerana terlalu banyak pantai yang diberi nama Pantai Pasir Panjang di pulau seluruh Malaysia, iaitu di Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman, jadi penggunaan nama Pantai Pasir Putih adalah bersesuaian dan pemandangan di sini adalah sama seperti namanya, pasirnya yang putih,lembut dan tidak tercemar. Terdapat beberapa kerusi pantai disediakan oleh Dayang Blues Resort di mana anda boleh bermain air laut di bawah cahaya matahari ataupun anda boleh mengajak rakan anda bermain bola tampar pantai yang disediakan oleh resort.

Menurut maklumat dari Utusan, Pulau Dayang merupakan pulau paling hampir dengan Pulau Aur di Mersing. Pelancong boleh ke pulau ini dengan perjalanan yang mengambil masa selama 4-5jam. Di sini juga terdapat fasiliti selam skuba yang cukup untuk meneroka perairan Mersing yang kaya dengan hidupan marin serta pelbagai jenis ikan.

10. Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang, Terengganu

Teluk-Dalam-Beach-Redang redang-island-calender pulau_redang_0911

Terdapat dua pantai Teluk Dalam iaitu di Pulau Pangkor dan juga Pulau Redang. Pilihan penulis adalah Pantai Teluk Dalam di Pulau Redang . Pantai Teluk Dalam tidak boleh diakses dari pantai Pasir Panjang. Anda boleh menyewa bot ataupun menggunakan laluan trek hutan yang menghubungkan kedua pantai (dianggarkan kira-kira satu jam jika berjalan kaki). Anda juga boleh menggunakan akses yang paling biasa iaitu dari jeti Shahbandar di Kuala Terengganu, di mana anda akan mengambil bot Berjaya Resort ke jeti kampung nelayan di Redang. Dari jeti, anda boleh menggunakan pengangkutan minivan sejauh kira-kira 3 km di jalan pedalaman ke pantai ini.

Pantai ini adalah sangat sesuai untuk aktiviti renang, tetapi tidak begitu sesuai untuk aktiviti selam skuba kerana tidak banyak karang.

 

 

 

 

0 822

1409759921_angelina-jolie-zoom

Angelina Jolie beberapa hari lalu dilaporkan sebagai calon pilihan untuk mengarahkan Captain Marvel, filem adiwira pertama yang akan mengetengahkan golongan wanita sebagai tunjanng utama oleh studio milik Disney.

Menurut laman web berita perfileman, Collider, Marvel sudah pun meminta penulis skrip Guardians of The Galaxy, Nicole Perlman dan Meg LeFauve (Inside Out) untuk menyelia filem terbabit baru-baru ini. Jika Jolie menerima tugas itu, Captain Marvel bakal muncul sebagai filem keempatnya selepas In The Land of Blood and Honey (2011) dan drama Perang Dunia kedua, Unbroken yang menemui penonton baru-baru ini.

Ganti Filem Africa

Sebuah lagi filem arahannya, By The Sea, yang dikategorikan sebagai drama cinta akan memasuki panggung dalam masa terdekat. Ia dibintangi oleh Jolie dan suamina, Brat Pitt. Collider turut melaporkan Captain Marvel mungkin akan menggantikan Africa, iaitu projek filem biografi mengenai pemburu fosil yang bertukar menjadi penyelamat spesis gajah, Richard Lickey, dalam jadual kerja aktres hebat terbabit.

Filem Afria, yang dicanang akan dibintangi oleh Brad Pitt, dikatakan kini berdepan masalah kewangan.

1 4386

People_On_Their_Phones_Wide

Dalam era kemajuan dan perkembangan teknologi ini, sudah tentunya telefon bimbit merupakan benda yang sangat penting untuk kegunaan harian. Jika dilihat sekitar kawasan tidak kira di tempat makan, di kompleks beli belah dan mana-mana tempat sahaja anda tentu akan melihat orang yang bermain dengan telefon bimbit. Akan tetapi, jika sering bermain telefon bimbit memberi kesan yang negatif kepada anda.

Bermain telefon bimbit akan meninggalkan kesan negatif dari segi kesihatan, fizikal dan mental. Cara untuk mengelakkan ketagihan ini ialah..

1. Matikan telefon sebelum tidur

Jika tidak, ia sama seperti “anda tidak membenarkan badan anda untuk rehat”. Ramai dikalangan masyarakat akan bermain telefon bimbit sebelum tidur. Perkara ini akan membawa ke berjam-jam lamanya. Dan bagaimana pula sesiapa yang menggunakan telefon sebagai jam penggera/alarm? Tiada alasan bagi perkara ini. Jika anda boleh mengamalkan gaya retro/old school, kehidupan anda akan menjadi lebih mudah dalam perlbagai cara. Beli sajaha jam penggera yang murah, apa susah!

2. Keluar tanpa membawa telefon pintar

Apa kata anda ubah cara kehidupan seharian anda. Dengan berjalan-jalan, menunggang basikal pada waktu terluang dan menikmati kopi di kafe. Biarkan telefon anda di poket tanpa memegangnya. Kalau boleh, matikan bunyi notification apps supaya anda tidak teringin untuk membacanya. Tidak perlu menangkap gambar dan memuat turun ke lama Instagram selalu, anda perlu cuba menikmati persekitaran dengan lebih kerana anda sebenarnya sedang melihat dunia di sekeliling anda.

3. Berkomunikasi dengan orang ramai melalui ‘perbualan offline”

Lebih baik lagi, anda letakkan sebagai cabaran untuk diri sendiri. Mungkin anda boleh cuba, ‘saya aan membuat 3 orang tersenyum hari ini,” atau ‘saya akan bertanya khabar kepada 2 orang.” ia juga dapat menjadi semudah membuat “eye contact” dengan orang lain. Cubalah!

4. Hari tanpa telefon

Jika anda tidak sanggup, boleh cuba untuk limitkan masa anda dengan telefon. Sebagai contoh, limitkan masa selama 5 jam tanpa telefon dalam sehari. Anda boleh cuba membuat aktiviti lain seperti memasak, membaca atau keluar dengan rakan-rakan dan berbual untuk mengalih perhatian anda daripada telefon. Percayalah, anda akan terbiasa dengan taktik ini jika mengamalkan dengan baik.

5. Seimbangkan hari harian anda

Cuba untuk mengekalkan nisbah 1:1 masa berteknologi dengan masa sebenar dalam hari-harian anda. Jika anda hanya duduk di hadapan komputer riba atau duduk menghadap telefon bimbit selama berjam-jam, anda perlu mengambil 3 jam masa lapang tanpa teknologi juga.

 

 



                

0 2435

Tidak dinafikan bahawa melancong merupakan aktiviti yang disukai ramai. Malah, ramai yang sanggup menghabiskan wang yang banyak semata-mata untuk mendapatkan tempat perlancongan yang sempurna. Apabila tibanya musim cuti persekolahan, tempat perlancongan mesti dipenuhi dengan orang ramai.

Tetapi dalam sebab tertentu, melancong di tempat yang tidak diketahui ramai mempunyai tarikan menarik yang luar biasa. Sudah tentunya ramai yang teruja apabila melancong di tempat yang seolah olah anda sahaja yang merupakan pelancong di sana.

Sudah tentu tempat perlancongan yang menarik dan terkenal seperti Paris, Tokyo, London, Hawaii merupakan tarikan utama pelancong di seluruh negara. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa selain daripada tempat-tempat yang menarik ini, terdapat destinasi perlancongan lain yang dapat memukau mata anda. Antaranya ialah..

1. Koh Lanta, Thailand

Ko-Lanta-Phi-phi-Island-Krabi-ProvinceThailand-11 KohLanta2

Walaupun Thailand bukan tempat perlancongan yang tidak diketahui ramai lagi, namun di sini terdapat beberapa tempat yang pasti mempunyai kurang pelancong, tidak seperti di Phuket yang sememangnya merupakan daya tarikan pelancong. Tempat ini sangat susuai kepada pelancong “backpaker” yang singgah sementara untuk menikmati suasana yang tenang dan indah. Tempat ini juga  sesuai kepada pasangan yang ingin menikmati suasana yang romantis.

Tempat penginapan: Crown Lanta Resort

2. Las Pozas, Xilitla, Mexico

Las-Pozas-Xilitla11 pozas

Walaupun Xilitla tidak dianggap sebagai “off the beaten path” kepada warga Mexico, tetapi ia merupakan satu destinasi unik dan akan membuat percutian anda tidak dapat dilupakan. Di bandar ini, anda akan mendapati satu tempat bernama Las Pozas, iaitu taman yang dibina sebagai “eden surrealist” di tengah-tengah hutan. Dibina oleh bangsawan british yang aneh, Edward James, taman ini menjadi taman permainan beliau di mana beliau membina “istana” yang dilengkapi puluhan patung surrealist pada tahun 1960-an. Ia dikelilingi oleh tangga spiral yang membawa kepada pelbagai tempat, air terjun, dan Cenotes. Xilitla adalah tempat yang sempurna dan benar-benar akan menarik perhatian anda. Apabila anda selesai menerokai taman, anda boleh berkunjung ke pasar atau local markets dan restoran tempatan di bandar sebelum anda kembali ke hotel James.

Tempat Penginapan: Posada El Castillo 

3. Palawan, Philipines

1413967486137_wps_6_BR6YN7_Split_level_of_sno Ko-Lanta-Phi-phi-Island-Krabi-ProvinceThailand-11

Terletak di bahagian paling barat di Palawan, Filipina, anda akan mendapat gabungan landskap yang menakjubkan, pantai yang bersih dan penuh dengan kehidupan marin yang eksotik. Oleh kerana terdapat begitu banyak benda untuk dilihat di sini, cara terbaik untuk mendapatkankan yang terbaik di Palawan ialah dengan Tao Expeditions. Dalam ekspedisi unik ini, anda boleh menerokai keindahan Palawan dalam cara yang anda tidak akan merasai di mana mana tempat perlancongan lain. Pada siang hari, anda akan melawat kampung-kampung kecil atau bersnorkel di beberapa terumbu terbaik di Palawan sebagai membuat jalan anda ke pulau kecil di hadapan. Tao berlaku selama lima hari empat malam dan anda boleh memlilih sama ada ingin menjadikannya sebagai pihak swasta ataupun menyertai orang lain dari seluruh dunia dengan ekspedisi kumpulan terbuka mereka.

4. Koh Rong, Cambodia

wpid2383-IMG_3928 song-sai-resort-overview

Kuil-kuil Angkor Wat adalah tempat yang mesti dilawati di sini. Kemboja juga mempunyai rahsia pantai yang cantik yang dikenali sebagai Koh Rong. Walaupun ia mudah diakses melalui feri, berpuluh-puluh pelancong yang datang dan pergi setiap hari, pulau ini menyegarkan seolah-olah anda hilang dalam masa ( kecuali wifi , yang telah menyelinap di sini, sudah tentu)

Tiada jalan raya, yang bermaksud semua barang-barang yang datang dari tanah besar perlu ditarik ke atas dan ke bawah pantai oleh kerbau . Beberapa penduduk tempatan yang tinggal di sini, yang sudah tentunya bukan seperti dalam filem. Penduduk tempatan mengatakan bahawa pulau ini tidak akan kelihatan sama dalam tempoh lima atau sepuluh tahun akan datang, jadi lebih baik jika anda merancang untuk pergi tidak lama lagi sebelum pusat peranginan utama bergerak!

Tempat penginapan: Bongs Guesthouse

5. Cartagena, columbia

Atardecer_en_Cartagena_de_Indias_desde_La_Popa. Cartagena-Colombia

Merupakan sebuah bandar impian yang menarik dan mempunyai seni bina kolonial Sepanyol dan dipenuhi biru Caribean. Dengan seni yang cantik, dan tempat kediaman yang aman sejahtera, bandar ini telah memukau setiap pelancong yang datang. Cartagena telah berjaya memelihara warisan dahulu dan pada masa yang sama menjaga keduniaan yang moden. Di sini, anda boleh menghabiskan hari anda bersantai di tepi pantai, atau mengembara dan berjalan di jalan-jalan yang bewarna-warni.

Tempat penginapan: Amanda Hotel Boutique

 


 

0 1348

image

Dengan negara yang kini sedang menjalankan sistem GST, ramai penduduk atau rakyat Malaysia menjadi ‘gila’ terhadap isu yang melanda ekonomi negara ini. Jadi bagi saya ini lah masanya untuk rakyat berjimat dengan lebih cermat. Di bawah terdapat beberapa cara untuk berjimat dengan cara yang mudah yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu dan menstabilkan kewangan anda.

1. Merombak semula

Langkah pertama untuk menjimatkan duit adalah dengan mengurangkan perbelanjaan. Sebelum bermula, lihat dan semak kembali ke mana wang anda banyak dibelanjakan dan cari cara untuk mengurangkannya. Contoh, jika sewa rumah anda adalah rm800 sebulan, tidak salah untuk anda untuk mengurangkan jumlah itu dengan menyewa rumah yang lebih murah ataupun pindah kembali ke rumah keluarga anda atau cuba mencari kawan untuk berkongsi sewa bilik bersama.

Tiada had cara untuk anda berjimat. Kuncinya adalah anda tidak perlu menyeksa diri dengan berhenti perbelanjaan secara drastik tetapi apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan mengurangkan perbelanjaan secara konsisten.

Terdapat beberapa contoh untuk anda mengubah cara hidup yang mampu mengurangkan perbelanjaan bulanan anda.

5-Cara-Tercepat-Untuk-Menyimpan-Wang-1a

2. Cari kerja sambilan/part time

Duit sudah berkurangan. Apa yang anda perlu lakukan? Selain daripada mengurangkan perbelanjaan, anda juga perlu meningkatkan pendapatan. Tidak kira betapa hebatnya anda menyimpan duit, pendapatan tambahan akan berguna jua nanti.

Cara untuk menambahkan pendaptan anda adalah dengan mencari kerja sambilan seperti menulis, pekerjaan bebas, menulis blog dan mungkin menjadi guru tusyen. Untuk memilih kerja sambilan juga haruslah tepat bergantung kepada kecenderungan dan kepakaran anda. Anda juga boleh mengiklankan servis atau perkhidmatan anda di Facebook secara percuma untuk menambahkan pendapatan. Gunakan laman social anda untuk mempertingkatkan pendapatan bulanan.

3. Jual barangan terpakai

Seperti yang diperkatakan sebelum ini dan ingin kami ulangi lagi — mengurangkan perbelanjaan sahaja tidak cukup. Anda juga boleh menambah pendapatan anda dengan menjual barangan terpakai. Terdapat banyak forum, laman Facebook dan laman sesawang yang boleh anda menukar dan menjual barangan terpakai.

Duit adalah motivasi yang kuat untuk kita memulakan apa yang patut dimulakan sebelum ini. Jika terdapat banyak pakaian atau barangan yang anda tidak mampu dimuatkan ke dalam almari, maka cubalah untuk menjualnya jika anda tidak mahu memakainya lagi (pastikan masih dalam keadaan yang baik). Setiap ringgit tambahan membawa anda kepada gol anda. Jadi, apa yang ditunggu lagi? Jom jadi kreatif!

4. Limitkan perbelanjaan 

Jika anda mendapat gaji sama ada bulanan ataupun mingguan, cuba limitkan perbelanjaan anda dalam masa satu hari. Contoh jika anda keluar makan tengah hari, cuba kurangkan perbelanjaan makanan atau pergi ke restoran yang menjual makanan dengan harga yang lebih murah. Jangan terlalu selesa makan di tempat makanan yang mahal, ia akan merugikan dan menghancurkan misi anda untuk berjimat!

5. Berbelanja ikut keutamaan dan kemampuan

Saya pasti ramai orang di luar sana mempunyai senarai benda/barang yang ingin kita beli, tetapi anda perlu ingat tidak semestinya barang yang kita nak itu penting. Oleh itu, anda perlu bijak dengan menguruskan wang. Beli apa yang perlu sahaja dan jangan membeli mengikut nafsu.

6. Keep on track

Catat semua barang yang anda sudah beli, anda dapat dan anda pinjamkan. Perkara ini sangat penting untuk perbelanjaan kerana bagaimana anda ingin tahu kemana wang anda pergi? catat semua pengeluaran wang anda setiap hari supaya anda tidak hilang kawalan untuk menghabiskan wang.

 

 

0 3346

Apabila sebut pasal makan, macam macam ragam manusia keluar. Maklumlah, siapa yang tidak suka makanan? Siapa yang tidak suka makan? Sesungguhnya manusia dan makanan tidak dapat dipisahkan..

Kita bertuah kerana di bumi Malaysia ini terdapat pelbagai jenis makanan yang menarik dan enak. Lebih-lebih lagi apabila datangnya makanan seafood, memang sangat diminati ramai. Makanan seafood di Malaysia sememangya sedap dan mendapat perhatian orang ramai. Tempat makanan atau restoran seafood yang wajib anda kunjungi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ialah:

1. Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram, Kuala Selangor

61824_506317386056006_1061950528_n

Orang ramai yang makan di tempat ini memberi komen atau respon yang baik terhadap restoran ini. Restoran ini dianggap menarik kerana ia terletak berhadapan dengan laut. Tempatnya luas dan mempunyai pelbagai makanan laut ada di sini. Harganya pula memang berpatutan dan yang paling penting makanannya sedap!

2. Restoran LaLa Seafood, Kampung Baru

good-food-kl

Restoran ini merupakan restoran Thailand. Di sini lah lokasi yang tepat untuk anda merasai makanan Thai. Ynag menariknya, restoran ini bertemakan konsep ala ala kampung dan mempunyai dua pilihan tempat makan. Sama ada duduk di bawah kipas atau air cond. Yang menjadi perhatian di sini ialah tomyam. Ramai berkata tomyam di sini sangat sedap dan mempunyai portion yang agak besar.

3. Restoran Makanan Laut D’Tasik, Bangi

header_11311_1

Restoran ini sangat tertarik kerana ia terletak di atas tasik dan merupakan restoran terapung. Restoran ini menawarkan peralatan persis hotel dan suasana yang menarik tetapi dengan kadar harga yang murah.

4. Suraya Seafood, Kg Baru

kampung-baru-restoran-suraya

Di sini juga terdapat makanan seafood yang enak selain dari Lala Seafood. Sentiasa dikunjung oleh orang ramai. Restoran ini mempunyai perlbagai makanan yang segar dan banyak. Harganya mengikut saiz yang anda pilih. Tempatnya agak terhad jadi anda perlu datang awal!

5. Nuri Seafood, Kg Baru

kbp-44182-restoran-nuri-seafood-44182-1_620x468_fillbg_4e11954c5f

Restoran ini agak simple tapi makanannya amat memuaskan hati. Makanan di sini original datang dari Thailand, malah pekerjanya semua dari sana. Mesti cuba ikan kembung masak kerabu, tomyam seafood, udang celup tepung dan sayur kailan ikan masin.

6. Restoran Puteri Ayu, Shah Alam

aa

Restoran ini pernah disiarkan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Jadi sudah tentu restoran ini sangat popular dan sedap, bukan? Dengan mempunyai banyak pilihan makanan, Tomyam seafood di sini juga sedap dan pekat. Minuman dan pencuci mulut juga patut dicuba!

7. Restoran Terapung Hm Sri Bagan

download (1)

DSCN1550

Restoran ini berkonsepkan restoran terapung dan paling menariknya ialah boleh melihatt matahari terbenam dengan cantik. Makanan laut di sini semuanya segar dan menyelerakan. Harganya juga murah dan berpatutan.

 

1 17001

Upside Down House merupakan satu lagi tarikan yang baru di Melaka bagi pengunjung. Upside Down House ini terletak di kawasan berdekatan Mahkota Parade dan betul betul belakang Seri Costa Hotel. Tempat ini dikatakan baru sahaja dibuka pada hujung tahun lepas dan mendapat perhatian orang ramai termasuk pelancong luar negara.

Galleri Rumah Terbalik di Melaka

20141224_104240 114710zn0y3i285062qwl2 1610835_877729165590789_6258803470011256380_n IMG_4229 IMG_6859_thumb1 SAM_0405 SAM_0368Kepada sesiapa yang berminat menangkap gambar atau mahu merasai keunikan di tempat ini, tunggu apa lagi! Nikmatilah keunikannya tersendiri!

Alamat:
G12 & G14, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka.
GPS Coordinate: N2.18927 E102.24587
Harga: 
Harga Tiket Dewasa: RM15
Kanak-Kanak: RM10
Warga Emas: RM10
Warga OKU: 50%
Operating Hours: 
Isnin – Khamis: 10.00 Pagi – 6.00 Petang
Jumaat – Ahad/ Cuti Am: 10.00 Pagi – 9.00 Malam

 

Dapatkan diskaun sehingga 60% hotel-hotel di Melaka. Klik disini utk melihat tawaran istimewa kami 

 

Latest Articles

0 65
Semua orang boleh berniaga tapi tak semua orang tahu ‘closing sale’. ‘Closing sale’ adalah satu strategi perniagaan bagi memastikan perniagaan kita akan mendapat sambutan...