Authors Posts by ChendatEka

ChendatEka

25 POSTS 0 COMMENTS

Masakan Thai memang sukar untuk ditolak lebih – lebih lagi bagi mereka yang sukakan masakan pedas. Kalau nak diikutkan sudah banyak restoran masakan Thai di Lembah Klang ini seperti, Absolute Thai, Amarin, Sri Ayutthaya dan Boat Noodle yang sememangnya diketahui ramai. Tapi terdapat beberapa restoran masakan Thai  yang perlu dicuba jika anda peminat masakan Thai. Jom kita tengok restoran masakan Thai yang terkenal di Kuala Lumpur

 

  1. Street Thai

streat-003

Konsep disini sedikit berbeza kerana menggunakan gerai kecil untuk menjual makanan. Setiap gerai dijaga oleh chef yang didatangkan khas dari Thailand. Fried chicken wings dan braised beef noodle disini agak istimewa. Dibuka setiap hari dari 11.30 pagi hingga 10 malam, bertempat di jalan universiti, seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

 

  1. Bangkok Beat Bistro

bangkok-beat-bistro-empire-subang-thai-restaurant1

Beroperasi sejak 2012, Bangkok Beat Bistro bukan sahaja menghidangkan makanan Thai malah beberapa makanan tempatan juga. Pastikan tidak ketinggalan untuk mencuba green curry dan spicy papaya with soft-shell crab disini. Bertempat di Empire shopping Gallery, jalan SS 16/1, SS 16, Subang Jaya, 47500 Selangor. Waktu beroperasi pada 10 pagi hingga 9.30 malam dan dibuka setiap hari.

 

  1. Bangkok House Restaurant

restaurant-exterior-and

Setiap menu diberi pilihan saiz sama ada anda mahukan saiz kecil, sederhana, atau besar. Restoran yang diuruskan sebuah keluarga ni juga menyediakan set berbuka puasa setiap tahun untuk pelanggan yang beragama Islam. Terdapat beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang dan waktu beroperasi pada 11 pagi hingga 11 malam. Dibuka setiap hari.

 

  1. Little Rara Thai Noodle

thai-noddle-house

Suasana kedai ini pasti akan membuatkan anda merasakan seolah – olah sedang berada di Thailand menikmati street food. Anda juga patut mencuba daging/kambing bakar dan tomyam talay disini. Bertempat di jalan kia peng, 50450 Kuala Lumpur, beroperasi 5 petang hingga 12 malam, isni hingga sabtu.

 

 

 

  1. Mango chili

16499349906_ac0f924df5_b

Dekorasi dikedai ini kelihatan ringkas tetapi boleh menimbulkan rasa ceria dan lively. Selain tomyam dan padthai, deep fried shrimp cake, dan green mango salad juga perlu anda cuba disini. Lokasi GF nexus, bangsar south city, no.7 jalan kerinchi, 59200 Kuala Lumpur. Beroperasi 10 pagi hingga 10 malam dibuka setiap hari.

1 1264

Sebut tentang percutian keluarga, semestinya ramai yang memikirkan tempat peranginan yang istimewa, tempat yang selesa, pemandangan indah, sesuai untuk menenangkan fikiran dan memenuhi masa bersama keluarga tersayang setelah penat bekerja. Apabila merancang sesuatu percutian kita sering mencari tempat penginapan seperti hotel dan chalet, sudah tiba masanya untuk tukar selera. Banglo dan vila mewah untuk percutian keluarga.

Terdapat banglo mewah atau vila yang boleh disewa untuk dijadikan tempat tinggal semasa percutian. Bagi sesiapa yang meminat atau ingin merasai tinggal di banglo, rumah-rumah ini seperti rumah idaman dan selesa untuk didiami.

 

 

  1. Bamboo Village | Ulu Langat | Kuala Lumpur

bamboo-village1

Rumah yang diperbuat daripada buluh, sesuai menjadi destinasi pilihan bagi penduduk dibandar untuk merasai alam semula jadi yang terletak berdekatan dengan bandar.

bamboo-village2 bamboo-village

Alamat | Lorong Serai 4, sungai serai batu 11, hulu langat, 43100 Kuala Lumpur

 

  1. Sekeping Tenggiri | Bangsar | Kuala Lumpur

tenggiri

Agak sukar dipercayai kerana banglo 7 bilik ini terletak di tengah kota.Namun berkonsepkan banglo dalam hutan, banglo ini mampu menambat hati sesiapa sahaja yang berkunjung.

tenggiri1 tenggiri2 tenggiri3 tenggiri4 tenggiri5

Alamat | No.48, off Kuala Lumpur, jalan tenggiri, 59100 Kuala Lumpur

 

Booking hotel melalui Siputhijau.com diskaun sehingga 60%

 

  1. De Shahruls | Port Dickson | Negeri Sembilan

shahrul

Mempunyai seni bina unik seperti sebuah bot dilengkapi 3 bilik berserta dapur dan kawasan ruang tamu yang besar. Rumah ini terletak di tepi jalan utama yang menghubungkan Port Dickson dan Melaka, dengan pemandangan laut nyaman dan dikelilingi pokok palma yang subur dan daya tarikan tropika.

shahrul1 shahrul2 shahrul3

Alamat | Jalan pantai, port dickson, Negeri Sembilan

 

  1. The Shorea | Seremban | Negeri Sembilan

shorea3

Dibina dalam hutan tropika di Seremban, vila yang dibina dengan laluan berliku – liku menuju ke hutan ini disertakan dengan air terjun dam hutan Simpan Berembun. Merupakan percutian hutan yang pasti tidak mahu dilepaskan.

shorea shorea1 shorea2

Alamat | Village kolam air, mukin pantai, jalan jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

 

Booking hotel di Negeri Sembilan disini diskaun sehingga 60% 

 

  1. Limastiga | Umbai | Melaka

limas3

Konsep menggabungkan seni bina moden dan gaya kampung, mempunyai 6 bilik keluarga dan terletak dalam 3 buat vila dengan pemandangan yang mengagumkan di sekitarnya. Sebuah kolam renang besar terletak di tengah – tengah kawasan banglo yang penuh dengan kehijauan.

limas limas2 limas4

Alamat | 2046 jalan bukit tembakau, 77300 umbai, Melaka

 

Booking Limastiga disini sekarang. Diskaun booking online berbanding jika anda walkin booking.

 

  1. Desa Balqis | Kuala Linggi | Melaka

balqis

Menampilkan rekaan rumah kayu unik yang direka mengikut inspirasi rumah Melayu tradisional. Dengan persekitaran yang tenang dan mendamaikan, Desa Balqis adalah tempat sempurna bagi menganjurkan apa – apa acara atau hari keluarga mahupun perkahwinan.

balqis2 balqis3 balqis4

Alamat | Kuala linggi, kampung kuala linggi, Melaka

 

  1. Rumah Perak Boutique Villa | Batu Feringghi | Pulau Pinang

perak

Rumah Perak Boutique Villa mempunyai 6 unit bilik tidur dengan pemandangan laut.

perak2 perak3 perak4

Alamat | No.72, jalan batu feringghi, 11100 Pulau Pinang

 

  1. Michelle’s Villa | Batu Feringghi | Pulau Pinang

michelle

Dimiliki seorang wanita bernama Michelle, vila mewah ini mempunyai 4 tingkat sesuai untuk penginapan sekeluarga. Memiliki 3 bilik tidur dengan tema yang unik, ruang tamu, ruang makan, dan dapur dengan kelengkapan penuh.

michelle2 michelle3 michelle4

Alamat | Jalan moonlight bay, batu feringghi, Pulau Pinang

 

Booking hotel disini hari ini. Diskaun hebat sehingga 60% hanya booking melalui sipuhijau.com dan agoda

0 714

Terengganu merupakan negeri yang menjadi salah satu pusat pelancongan popular di Malaysia. Selain keindahan pantai, Terengganu juga kaya dengan corak batik, penyu, makanan tradisional pantai timur. Disini saya kongsikan Tempat Paling Best di Terengganu Darul Iman.

4603386855_9aedfa1387_z

Hutan Lipur Rantau Abang

  • Terletak di Hutan Simpan Jambu Bongkok, Daerah Marang (65km dari bandar Kuala Terengganu)
  • Jenis hutan Pamah Tamah Bris. Hutan ini banyak ditumbuhi oleh spesis yang terdiri Balau Pasir.
  • Istimewa kerana berhampiran Pantai Rantau Abang (tempat penyu bertelur)
  • Kemudahan (chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok informasi, lorong pejalan kaki)

p1120597

Hutan Lipur Air Menderu

  • Terletak 10km dari Pekan Kerteh dan 120km dari Bandar Kuala Terengganu.
  • Terletak di Hutan Simpan Rasau Kerteh yang mempunyai jenis hutan Dipterokarp Pamah.
  • Mempunyai pelbagai flora dan fauna
  • Kemudahan (pondok rehat, tandas awam, lorong pejalan kaki, bekalan air, tapak perkhemahan)

hutan-lipur-sungai-chemerong

Hutan Lipur Sungai Chemerong

  • Terletak 30km dari Bandar Al-Muktafibillah Shah dan 100km dari Kuala Terengganu.
  • Berada dalam Hutan Simpan Pasir Raja, Daerah Dungun (Dipterokarp Bukit).
  • Terdapat pelbagai flora dan fauna
  • Kaya dengan spesis meranti dan keruing
  • Terdapat air terjun setinggi 305meter (air terjun tertinggi di Malaysia)
  • Kemudahan (wakaf menara pandang)

pantai-batu-rakit-trengganu3

Pantai Batu Rakit

  • Terletak 30km dari Kuala Terengganu dan 15km dari Pantai Merang, Daerah Setiu.
  • Menghadap laut Cina Selatan, dihiasi dengan perkampungan nelayan, bot – bot nelayan dan aktiviti yang berkaitan dengan laut.
  • Terdapat makanan pantai timur seperti keropok lekor, satar dan otak-otak

dsc_0228

Hutan Lipur Rasau Kerteh

  • Terletak 16km dari Pekan Kerteh dan 115km dari bandar Kuala Terengganu
  • Terletak didalam hutan Simpan Rasau Kerteh, Daerah Kemaman (Hutan Dipterokarp Pamah)
  • Kaya dengan pokok –pokok spesis meranti dan keruing
  • Terdapat hidupan liar yang dapat dilihat melalui denai hutan yang disediakan
  • Kemudahan (pondok rehat dan denai hutan)

bukit-puteri-kuala-terengganu-3

Bukit Puteri

  • Kaya dengan catatan sejarah dan lagenda
  • Pernah menjadi kubu dan rebutan semasa perang saudara zaman pergolakan kesultanan Terengganu antara tahun 1931 hingga 1939
  • Peninggalan sejarah (singgahsana sementara, tempat simpanan bedil dan meriam, loceng besar,meriam beranak)

 

Jika anda melawat ke Terengganu, jangan lupa singgah dilokasi yang saya kongsikan. Pasti ia akan menjadi satu lawatan menarik.

0 811

wajah-putih

Wajah yang indah bermula dari kulit yang bersih. Namun terlalu banyak pencuci muka dan sabun yang mengandungi bahan kimia yang tidak sesuai di kulit muka dan akan menyebabkan jerawat dan kulit berminyak.

Anda disarankan menggunakan cara semulajadi untuk mengurangkan risiko kerosakan kulit. Terdapat banyak bahan semulajadi  boleh digunakan. Antaranya adalah :

BUAH JERUK

Mengandungi vitamin c yang sangat bermanfaat bagi kulit wajah. Ia dapat dijadikan scrub untuk wajah yang berjerawat. Cara membersihkan  wajah dgn buah jeruk ialah :

  • Tumbuk kulit jerukyang sudah dikeringkan hingga halus.
  • Campur dengan krim susu secukupnya.
  • Bersihkan wajah dgn campuran yg sudah dibuat sebelumnya.
  • Bilas wajah dgn air hangat hingga bersih.

manfaat-buah-strawberry

BUAH STRAWBERRY

Strawberry selain dapat dibuat jus , ia juga bermanfaat sebagai pembersih wajah. Caranya :

  • Buatlah campuran antara dua senduk teh yogurt plain dan lima buah strawberry hingga terbentuk seperti pasta.
  • Bersihkan wajah dengan pasta tersebut dua kali sehari.
  • Lakukan secara rutin untuk hasil yang optimal.

minyakzaitun

MINYAK ZAITUN

Untuk anda yang inginkan kulit yang sentiasa lembab. Bersihkan muka menggunakan minyak zaitun. Caranya :

  • Campurkan minyak jarak dan minyak zaitun.
  • Gunakan campuran tadi untuk membersihkan wajah sambil diurut.
  • Bilas wajah menggunakan air suam.

Selain untuk membersihkan wajah, minyak zaitun boleh digunakan untuk menghilangkan bekas jerawat.

img_1845

BUAH EPAL

Sesuai dijadikan pencuci wajah untuk masalah kulit kering. Caranya :

  • Satu senduk teh minyak zaitun, satu buah epal, satu senduk teh air perasa lemon, dan satu senduk teh susu murni.
  • Rebuslah epal bersama dua gelas air sampai ia mula lembut.
  • Hancurkan buah epal dan campur dengan bahan-bahan lainnya.
  • Pakailah pasta ini untuk membersihkan wajah.
  • Bersihkan wajah dengan air hingga bersih.

manfaat-dan-khasiat-madu-bagi-kesehatan-menurut-islam

MADU

Manfaat masker dari madu bagus untuk menghilangkan jerawat dan menghalang ia tumbuh semula.

  • Campurkan air lemon dan madu
  • Sapukan di wajah secara merata dengan cara mengurut wajah anda.
  • Bilas menggunakan air suam.

1 639

34fc77077dee9c6f8a43e46ffc3d3284

Melancong merupakan salah satu aktiviti merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Melancong berseorangan mahupun menikmati percutian bersama keluarga atas sebab kurang bersama keluarga dirumah kerana sibuk bekerja. Apabila membuat suatu perancangan untuk melancong kemana-mana tempat sama ada didalam Malaysia mahupun diluar negara, kita hendaklah merancang dengan teliti tentang percutian tersebut sebelum dikhuatiri terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini.

Kita tidak mahu rancangan percutian ini menjadi percutian yang merunsingkan, merancang dari segi kewangan, kelengkapan dan lebih utama keselamatan. Ada beberapa tip yang boleh digunakan jika kita merancang untuk melancong.

95eb87884dca8334a06e5cc378c86336

Tabung Kewangan

Mempunyai tabung kewangan yang secukupnya sangat penting untuk melancong. Mula menabung seawal mungkin sebelum mula merancang destinasi percutian, asingkan duit persiapan percutian kedalam tabung. Dengan kewangan yang secukupnya, kita tidak perlu runsing untuk perbelanjaan ketika melancong.

fabba8f92e4169d88259781814686a27

Perancangan Destinasi

Sebelum melancong, kita perlu membuat persiapan diri dan perancangan yang rapi dan teliti. Penentuan destinasi juga perkara utama sebelum melancong kemana-mana negara, kota atau tempat peranginan sebagai kepastian keselamatan sesuatu tempat, jika terdapat sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Buat pendaftaran di tempat tinggal yang kita akan dikunjungi untuk menjimatkan tenaga, perbelanjaan , masa serta dapat maklumat tentang kekosongan yang ada.

Pakej Promosi

Apabila memilih untuk bercuti diluar negara, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Lihat promosi yang disediakan oleh agensi pelancongan. Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik di sesebuah negara, supaya percutian kita diisi dengan aktiviti dan memberikan kepuasan kepada percutian kita.

 

 

13151377_1097254053653499_796936189_n

Bajet Semasa Bercuti

Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa bercuti, termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan dan cenderamata yang akan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan semasa bercuti, terutama bagi yang bercuti di luar negara.

Apabila bercuti di luar negara, haruslah mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan. Ini juga penting bagi mengelakkan kita tertipu semasa menukar wang. Mengetahui kadar pertukaran wang asing memudahkan perancangan perbelanjaan, terutama ketika membeli belah.

fotolia_76809582_subscription_monthly_xxl-2048x1365

Tempahan Awal

Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancongan tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika menempah tiket penerbangan atau bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musing perayaan dan cuti sekolah.

Begitu juga dengan tempahan penginapan. Kita juga haruslah membuat lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa percutian.

fed7773acb7599c8263d2b9591c3c590

Peta

Sebaik sahaja sampai ke destinasi percutian, pastikan untuk membeli peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan kita untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah ditetapkan sebelumnya.

paris-vintage-hd-wallpaper-9

Buah Tangan

Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah berkunjung ke tempat percutian yang dirancangkan. Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga kesemua nama ahli keluarga dan rakan supaya tidak membeli buah tangan secara berlebihan. Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak.

emergency-money

Dana Kecemasan

Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian untuk dana kecemasan. Dana ini amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak disangka. Dana ini juga membantu kita untuk menampung perbelanjaan sekiranya kita telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan.

turunkan-berat-badan-dengan-cara-ini

Ingin saya kongsikan jika anda dalam proses diet atau ingin kurus, elakkan 10 makanan ini. Bagi anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, mungkin pantang-pantang inilah yang anda langgar lalu membuatkan lemak-lemak degil susah untuk turun.

Antara 10 makanan ini, ada yang memang logik untuk anda tinggalkan langsung 100% dan ada juga yang boleh dimakan sebulan sekali atau semasa cheat day.

Anda boleh kongsikan tips ini kepada kawan-kawan anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

 

Goreng Pisang

pisang-goreng_682

Kenapa anda dilarang makan goreng pisang? Goreng pisang sering dijadikan makanan diwaktu petang kerana dijual disana sini. Biasanya minyak yang digunakan sudah berulang kali digunakan. Ini dapat menambahkan lemak jahat di badan anda.Mulai hari ini, elakkan membungkus goreng pisang.

 

Mee Segera

mee-segera

Walaupun mee segera merupakan produk kebanggaan Malaysia, terutama perisa kari, mee maggie mengambil masa yang lama untuk dihadamkan dan mempunyai bahan kimia yang mengancam kesihatan.

 

Minuman 3 in 1

1412769128227933

Elakkan menyentuh minuman 3 in 1 dalam proses ingin kurus. Hanya minum air kosong 4 hingga 5 liter sehari untuk menerunkan berat badan mudah. 3 in 1 mempunyai kandungan gula yang tinggi. Kajian menunjukkan mereka yang minum 3 in 1 yang banyak lebih berisiko gemuk dan kencing manis.

 

Kulit Ayam

bahaya-makan-kulit-ayam

Kulit ayam merupakan lemak tepu. Lemak tepu sangat sukar untuk dihapuskan. Amalkan membuang kulit ayam setiap kali anda ingin makan daging ayam.

 

Sup Daging

sup-daging

Sup daging berkalori tinggi, anda harus berpantang mengambil daging merah kerana ia sukar dihadam. Anda digalakkan mengambil protien putih iaitu ikan dan ayam. Jangan minum sup kerana ia mengandungi banyak garam.

 

Durian

shutterstock_147654257

Kenapa anda dilarang mengambil durian ketika anda ingin kurus? Ini kerana seulas durian bersamaan 150 kalori. Untuk menghapuskan kalori tersebut anda harus berlari sejauh 1.5km.

 

Kek dan Biskut

maxresdefault

Elakkan kek dan biskut kerana ia manis dan mempunyai banyak transfat. Semua makanan bakeri mempunyai jumlah transfat/lemak jahat yang boleh menyebabkan sakit jantung dan kolesterol.

 

Coklat

200105-omag-chocolate-bar-600x411

Coklat mempunyai kalori dan gula yang tinggi. Ramai yang berkata, coklat makanan yang boleh dimakan ketika period bagi mengelakkan senggugut tetapi itu salah sama sekali. Jangan kerana senggugut lemak anda bertambah.

 

Sekian info saya kali ini. Amalkan pemakanan yang sihat untuk hidup yang cerdas.

3 4640

PARSI

65persiancat

Kucing Parsi merupakan jenis kucing yang paling popular di dunia, pada mula kucing ini berasal dari negara Iran pada waktu dulu dikenali sebagai Persia. Namun kini kucing Parsi lebih dikembangkan di negara barat dan telah menjadi penghasil terbesar bagi kucing Parsi.

Karakter : Pendiam, penyayang, tidak terlalu aktif dan setia

Memiliki bentuk fizikal yang agak pendek seperti ukuran kaki, tubuh badan dan muka yang bulat namun beliau memiliki bulu yang panjang dan halus. Terdapat beberapa jenis kucing kacukan terhasil daripada jenis Parsi seperti, Parsi Himalaya, Parsi Peaknose, Parsi Flatnose dan Parsi Medium.

 

Russian Blue

russian-blue-cat-behavior

Kucing ini berasal dari sebuah pelabuhan arkhangelsk di Rusia. Russian Blue adalah jenis kucing berbulu pendek dengan warna bulu abu kebiruan dan mempunyai mata hijau yang cukup menarik.

Karakter : Bijak, penasaran, ramah, pemalu, dan sensitif

Kucing ini dikatakan antara golongan kucing cerdas di dunia. Karakteristik pada kucing ini cukup menarik selain bijak, ia juga mempunyai sifat yang sangat erat dengan pemiliknya. Namun golongan kucing Russian Blue ini sedikit pemalu dengan orang asing yang belum dikenalinya.

 

Kucing Kampung

cat-1046510_1920

Kucing kampung adalah golongan kucing yang sering kita dengar walaupun dikatergorikan sebagai kucing biasa, namun ia mempunyai keistimewaannya tersendiri. Golongan kucing ini kita sering ternampak di tepi jalan, lorong rumah mahupun berjalan dihadapan rumah anda sendiri.

Memiliki sifat yang cukup baik, seperti ingatan yang tajam, berdikari serta fizikal yang kuat. Walaupun kucing ini kelihatan agak liar namun pada dasarnya kucing tersebut mempunyai beberapa kelebihan yang orang lain tidak tahu.

Karakter : Liar, kuat, bertenaga, berdikari dan aktif.

Antara kelebihan lain pada kucing ini adalah mudah dijinakkan dan dijadikan kawan selain menjaga rumah untuk menangkap tikus.

 

 

 

American Shorthair

american-shorthair-cat-breed

American Shorthair adalah dari kacukan european shorthair dan british shorthair. Awalnya kucing ini dikenal dengan nama shorthair, pada tahun 1966 kucing tersebut berubah nama menjadi American Shorthair dan terkenal dengan nama tersebut sehingga kini.

Karakter : Kuat, cergas, ramah, senang bermain.

Memiliki badan yang sedarhana, otot kaki serta cakar yang kuat. Berbulu pendek dan tebal, yang berfungsi untuk keadaan cuaca yang sejuk. Amerian Shorthair adalah salah satu kucing yang memiliki bentuk fizikal yang kuat serta kesihatan tubuh yang baik.

 

Siamese

siamese-cat

Kucing Siam berasal dari Thailand dan salah satu kucing terkenal didunia kerana keunikannya. Sejarah kucing Siam mula dikenal pada kemunculan pertamanya di eropah, di ketika itu diberikan kepada kedutaan besar Inggeris di Thailand pada abad 18.

Karakter : Ramah, suara lembut, cergas, dan lincah.

Mempunyai tubuh ramping, ekor yang panjang dan mata yang berwarna biru. Warna yang dimiliki kucing Siam juga berlainan dengan kucing yang ada.

 

Scotish Fold

scottish-fold-1

Kucing Scotish Fold ini dulunya bernama Flops yang berasal dari Skotland. Keistimewaan kucing ini adalah dibahagian telinga yang terlipat, sehingga Scotish Fold diberi nama kucing yang berwajah burung hantu. Namun golongan kucing ini ada juga yang lahir dengan telinga yang tidak terlipat.

Karakter : Tenang dan senang.

Golongan kucing ini juga memiliki bulu yang pendek dan panjang, berbadan sederhana. Mempunyai bentuk kepala yang bulat, mata yang bulat dan besar, serta kaki dan leher yang pendek.

 

Bengal

21

Kucing ini adalah keturunan ketiga hasil dari kacukan antara kucing American Shorthair dengan Asian Leopard. Asal usul kucing ini berasal dari California Amerika Syarikat. Walaupun kucing Bengal seakan kucing Hutan, namun golongan kucing ini termasuk haiwan yang banyak digemari untuk dijadikan haiwan peliharaan kerana tergolong haiwan yang ramah dan jinak.

Karakter : Aktif dan sangat menyukai air

Ukuran badan yang panjang dan juga otot yang kuat. Kucing bengal memiliki bulu tebal serta halus. Ia termasuk salah satu kucing cergas di dunia.

NAK BUAT BISNES LUNCHBOX ?

tips-bisnes-lunchbox

5 langkah PENTING sebelum buat duit dengan bisnes Lunch Box.

  1. Pilih masakan yang anda rasa boleh buat terbaik
  2. Cari USP (Unique Selling Prosposition), apa kelebihan beli lunch box dengan anda
  3. Mula dengan mendapatkan order dari kawan- kawan dan keluarga terdekat
  4. Sediakan PACKAGING yang memukau pada pandangan pertama setiap pembeli
  5. Bagi kupon pada pembeli (cth: setiap 10 pembelian dapat 1 kotak percuma)

lunch-box-25x19x5cms01

Bagaimana nk menarik lebih ramai pembeli ?

PRESENTATION produk anda mesti nampak menarik!

02

Sebab biasanya pembeli lunch box ni adalah orang-orang yang kerja di pejabat

Bila PACKAGING kita power, officemate mereka tengok pun mesti MELELEH tengok makanan anda.

Kalau nak buat bisnes lunchbox ni kena usaha betul-betul .

Rasa makanan dan packaging kena bagi TIP TOP, baru la orang MELELEH AIR LIUR tengok makanan anda.

Disni saya sertakan contoh-contoh packaging yang sesuai untuk lunch box dan pasti menarik minat pembeli .

Selamat maju jaya dalam perniagaan anda
!

 

0 502

Salam 1 Malaysia.

carbootsale

Seperti yang kita tahu, salah satu sumber pendapatan di Malaysia adalah bidang perniagaan. Perniagaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu, perniagaan besar,sederhana dan kecil-kecilan. Bukan sahaja memerlukan modal yang tinggi namun golongan yang mempunyai bajet yang rendah juga mampu membuka perniagaan sendiri tanpa memerlukan modal sewa kedai tapak dan sebagainya.

Kini telah menjadi TREND di Malaysia , perniagaan Car Boot Sale. Sedia maklum bahawa perniagaan kecil-kecilan ini banyak di urukan oleh anak muda mahupun pasangan yang sudah berkahwin. Ini kerana mereka hanya memerlukan modal untuk barangan niaga secara borong dan minyak kereta untuk ke lokasi perniagaan. Tambahan modal mungkin cuma memerlukan meja terpakai, lampu bateri dan kain lapik alas barangan yang dijual. Car Boot Sale memberi kebebasan kepada peniaga kecil untuk memilih produk yang ingin dijual.

Antara barangan yang menjadi kegilaan pada masa kini adalah barang kelengkapan dan aksesori vape beserta flavour yang pelbagai. Selain itu, ada juga yang menjual kasut bundle , pakaian terpakai , aksesori gadget dan makanan yang simple juga turut menjadi pilihan para peniaga.

Terdapat beberapa lokasi strategik yang menjadi pilihan para peniaga Car Boot. Antaranya adalah :

CARBOOTSALE TESCO AMPANG485b

 

Terletak berhadapan Tesco Extra Ampang di sepanjang susur jalan hingga hadapan Petronas. Antara barangan popular di sini adalah kelengkapan vape dan makanan ringan. Para peniaga mula beroperasi dari jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi setiap hari kecuali selasa. Tempat ini menjadi pilihan kerana pengujung yang baru keluar dari Tesco Ampang pasti akan singgah untuk melihat barangan yang dijual. Byaran tapak disini adalah percuma.

 

CARBOOTSALE LEMBAH KERAMAT

10570525_801082099966414_7158841548733521608_n

Disini pula , tapak car boot dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan hanya barangan terpakai dibenarkan untuk dijual. Makanan dan produk kecantikan tidak dibenarkan sama sekali. Perniagaan disini hanya dibuka pada hari sabtu dan ahad sahaja.

Waktu: Sabtu 3.00 petang – 7.00 malam
Ahad 8.00 pagi – 12.00 tengahari
3.00 petang – 7.00 malam

CARBOOTSALE SRI RAMPAI

14225456_533162646808486_5889746223393393311_n

 

Carbootsale Sri Rampai terletak di tempat letak kereta Rampai business park, bermula jam 9 malam sehingga 1 pagi. Bayaran tapak RM 10 dikenakan untuk setiap kenderaan berdaftar disitu. Antara barangan yang dijual di situ adalah makanan , minuman , pakaian , aksesori , produk kecantikan dan terdapat juga peniaga yang membuka perniagaan karaoke. RM 1 untuk setiap lagu yang dipilih pelanggan. Suasana di sini agak meriah kerana, kawasan yang lapang dan bersebelahan uptown Sri Rampai.

 

CARBOOTSALE PUCHONG

14364687_1801997066735932_3259569902040344386_n

 

Disini terdapat jualan makanan, barangan terpakai dan kasut bundle. Perniagaan disini meriah kerana berhampiran dengan kawasan perumahan. Harga tapak disini adalah RM10. Mula beroperasi pada jam8.00 malam hingga 2 pagi setiap malam kecuali selasa.

 

CARBOOTSALE TAMAN MELAWATI

wpid-c360_2013-10-27-08-24-44-668

Taman Melawati juga menjadi tumpuan bagi perniagaan carboot. Seperti carboot di Tesco Ampang, Taman Melawati tidak mempunyai apa sistem no tapak . Tapak bebas dipilih peniaga itu sendiri. Kebanyak peniaga akan datang awal untuk mendapatkan tapak terbaik di bawah pokok . Ini kerana car boot ini dibuka pada siang hari bermula seawal 7 pagi.

Hari: Sabtu 7.00 am – 1.00 pm
7.00 pm – 12.00 am
Ahad (pagi shj) 7.00 am – 1.00 pm

0 424

         ASAMBOI

air-asam-boi

Air asam boi ni selalunya jadi rebutan juga di bazaar . Ini kerana air ini agak masam campur manis . Untuk penggemar rasa masam , pasti air ini akan menjadi pilihan. Namun , tak semua orang pakar buat air asam boi . Ada yang rasanya terbaik , ada juga yang kurang mengikut rasa yang sepatutnya .

        CENDOL

Cendol ni biasanya ramai yang makan dalam mangkuk . Tapi untuk bazaar , cendol dimasukkan dalam cawan atau plastik sahaja . Mudah untuk dibawa pulang . Ia juga menjadi tumpuan . Mungkin kerana santan dan gula merah yang digunakan dapat memaniskan tekak

      AIR MATA KUCING

Air mata kucing merupakan air yang jarang dijual di bazaar . Ini kerana air mata kucing ini harus dimasak . Tidak seperti air lain yang hanya di bancuh biasa dan dicampur air gula . Jadi , buat orang yang tidak gemar minum air paip yang sering digunakan untuk membancuh air bazaar , boleh lah mencari air mata kucing kerana ianya adalah air yang telah dimasak .

           TEBU

Air tebu sekarang sudah biasa dijual di dalam botol . Harga RM2.50 sebotol yang bersaiz 500ml . Ramai pelanggan mencari air tebu ini . Air tebu yang lebih baik untuk kesihatan adalah yang belum dicampur ais batu .

 JAMBU

Tidak ramai peniaga yang menjual air jambu bersama asamnya di bazaar . Jika ada peniaga yang menjual air jambu bersama asamnya , pasti tidak menang tangan . Kerana air jambu adalah salah satu jus khasiat pilihan ramai .

KATIRA

Air katira sukar dijumpai selain bulan Ramadhan . Air ini juga agak mahal harganya. Bahan yang digunakan juga bermodal tinggi. Sebungkus RM4 . Harga air katira yang semakin lama semakin meningkat tidak menjadi penghalang para penggemar untuk terus membeli .

KELAPA

Tak semua peniaga menjual air kelapa yang sedap . Kerana itu , apabila pelanggan mendapat target air kelapa yang sedap , pasti gerai itu akan menjadi tumpuan setiap minggu. Harganya juga tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah , hanya berpatutan. Semakin tinggi permintaan , semakin melambung harga. Air kelapa dapat melegakan haus dan menyegarkan tekak . Juga bagus untuk kesihatan .

SOYA

Air soya mempunyai permintaan tinggi tidak kira jual di pasar malam , pasar tani , atau bazar Ramadhan. Oleh kerana ramai yang membeli , ia termasuk dalam senarai air terbaik bazaar. Selain itu , orang yang menjual soya pasti akan turut menjual air soya sejuk atau panas , termask menjual Tau Fu Fa . Air soya juga antara air yang terpaksa dimasak . Jadi tak perlu risau air tak masak jika beli air soya.

TEH BUNGA

Agak bagus jika peniaga ada insiatif untuk menapis bunga sewaktu menuang air kepada pelanggam yang tidak makan bunga. Ini kerana ada pelanggan yang inginj air teh bunga tetapi minta untuk tidak memasukkan bunga. Jika bimbang beli air tak masak , boleh beli air teh bunga kerana ia juga terpaksa dimasak. Kalau tak dimasak , air tak akan menjadi teh bunga. Tak seperti air lain yang boleh dibancuh guna air paip.

BANDUNG

Air bandung yang sedap ada rasa manis, lemak dan berkrim. Walaupun ramai yang menjual bandung cincau di bazaar, ramai juga lebih suka bandung original yang tak perlukan modal untuk tambah cincau atau ais krim soda.

Selasai 10 minuman yang pasti akan menjadi tumpuan pelanggan bazaar . SELAMAT MENCUBA !

 

Pada masa kini tren berkaca mata adalah disukai oleh lelaki . Bagi mereka kacamata berfungsi sebagai penambah fashion style. Terdapat berbagai jenis bentuk kacamata yang ditawarkan , antaranya kacamata kesihatan , pelindng dari sinaran matahari(sunglasses) , dan penggayaan semata-mata .

Perkara penting yang harus diperhatikan adalah bingkai kacamata yang berada di sekeliling lens. Pemilihan bingkai yang salah boleh membuatkan penampilan anda nampak buruk . Tujuan utama pemilihan yang sesuai agar dapat meningkatkan ketampanan wajah anda. Anda boleh mencuba tips pemilihan kacamata dibawah terlebih dahulu sebelum memilih bingkai yang sesuai.

tips-penting-pemilihan-bingkai-kacamata

Bentuk Wajah Persegi

Bentuk wajah persegi menjadi kegilaan ramai gadis . Bentuknya yang menunjukkan rahang yang tegas dan tulang pipi yang lebar membuatkan wajah kelihatan kukuh. Bingkai dengan bentuk persegi panjang dengan tepi yang lembut adalah pilihan yang tepat untuk bentuk wajah ini.

tips-penting-pemilihan-bingkai-kacamata-2

Bentuk wajah segitiga

Bentuk wajah segitiga adalah dagu yang sempit disertakan dengan pipi dan dahi yang lebar. Bagi mengurangkan keluasan dahi bahagian atas , anda boleh mencuba bingkai bentuk yang semakin lebar ke bawah. Pilihan warna yang lembut sangat sesuai. Anda juga disarankan mengguna kacamata dengan gaya tanpa bingkai.

 

 

tips-penting-pemilihan-bingkai-kacamata-3

Bentuk Hati

Wajah bentuk hati adalah tulang pipi dan dagu yang sempit namun lebar pada bahagian dahi. Untuk menyesuaikan bentuk wajah ini dengan bingkai , anda boleh memilih bingkai yang luas di bahagian atas dan mengecil di bahagian bawah. Model bingkai ini seakan-akan kupu-kupu, dengan sisi yang agak kelihatan seperti sayap. Bingkai yang tebal akan kelihatan lebih sesuai dengan anda.

tips-penting-pemilihan-bingkai-kacamata-4

Bentuk wajah oval

Bentuk oval adalah bentuk universal kerana anda lebih bebas untuk menentukan bingkai yang diinginkan. Bingkai dengan bentuk yang besar akan membuat wajah anda kelihatan lebih tegas. Namun anda harus menghindari bingkai dengan bentuk lengan bingkai yang lebih rendah , ia akan membuat wajah anda semakin panjang.

tips-penting-pemilihan-bingkai-kacamata-5

Bentuk wajah bulat

Bentuk wajah bulat biasanya adalah wajah yang tidak bersudut. Untuk mengurangkan kesan bulat , anda boleh memilih bingkai yang sedikit lebar dari wajah. Dengan cara ini , akan membuat wajah anda kelihatan panjang dan ramping. Anda harus menghindari bingkai bentuk bulat. Ia akan menyebabkan anda kelihatan lebih bulat di bahgian wajah.

Sekian sahaja tips tentang pemilihan bingkai kacamata yang sesuai dapat saya kongsikan pada anda kali ini .  Terima kasih !

 

0 344

Orang kita kalau makan tak ada sambal memang tak sah . Lidah melayu suka makanan pedas . Berikut merupakan koleksi pelbagai resepi sambal, 7 resepi sambal pilihan lidah melayu. Dari sambal belacan hinggalah ke Sambal Hijau dan Sambal Tempoyak ! Bahan-bahan dan kaedah membuatnya ada pada description setiap gambar .

  1. Sambal Belacan Goreng

sambal-pilihan-lidah-melayu

10-15 biji cili padi ikut pada kesesuaian , jika mahu lebih pedas boleh tambah

2-3 inci belacan
2-3 biji bawang merah

1 biji tomato

Garam gula secukup rasa

Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara :

Bawang dipotong atau belah 4 atau 6

Tomato dibelah 4 atau 6

Goreng semua bahan kecuali garam dan gula

Goreng sampai layu tapi jangan garing

Setelah itu baru masukkan semua bahan ditumbuk

Memang lembut dan senang untuk menumbuk

Akhir sekali baru masukkan garam gula secukup rasa

 

  1. Sambal Cencalok

sambal-pilihan-lidah-melayu-2

½ botol cencalok

7 ulas bawang merah- dihiris

10 tangkai cili padi hijau- dihiris

5 biji limau kasturi – perah jusnya dan hiris kulit nipis-nipis

Sedikit nenas – dicincang halus

1 biji limau nipis – ambil jusnya

 

Cara :

Satukan semua bahan dan gaul rata

Perahan limau nipis dapat menghilangkan bau hamis cencalok

 

  1. Sambal Kicap Cili Potong

sambal-pilihan-lidah-melayu-3

Cili padi dipotong

Bawang merah dimayang

Kicap manis

Asam limau kasturi @ limau nipis

 

Cara :

Campurkan kicap dengan bahan-bahan

Perahkan asam limau

 

  1. Sambal Air Asam Budu

sambal-pilihan-lidah-melayu-4

20 biji cili padi merah siam

2 biji bawang merah

1 inci belacan

Gula secukup rasa

1/3 cawan jus asam jawa

4-5 biji limau kasturi , ambil jusnya

½ cawan ‘BUDU’

Hirisan bawang besar , untuk hiasan

 

Cara:

Tumbuk cili padi, bawang erah , belacan hingga hancur dan lumat

Tuang budu, jus asam jawa dan jus limau kasturi

Tambah gula sebagai pengimbang rasa

 

  1. Sambal Tempoyak Masak

sambal-pilihan-lidah-melayu-5

2 batang serai , dititik

½ cawan air

3 camca besar tempoyak

Garam secukup rasa

1 genggam ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan

1 biji bawang besar

15-20 biji cili padi

3 ulas bawang putih

½ inci kunyit hidup

(ditumbuk kasar)

Sedikit minyak masak

 

Cara:

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk kasar hingga harum, masukkan serai dan tempoyak dan kacau rata. Tuang air dan tambah sedikit garam. Masak dengan api perlahan selama 2-3minit atau hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api .

 

  1. Sambal hijau

sambal-pilihan-lidah-melayu-6

250 gram cili hijau besar

50 gram cili padi hijau

4 ulas bawang merah

Minyak masak untuk menumis

2 ulas bawang putih

2 biji tomato hijau

½ sudu air perahan limau nipis

Gula pasir secukupnya

Garam secukupnya

 

Cara:

Potong lasar cikili hijau dan cili padi hijau. Kukus bawang merah, tomato dan bawang putih selama 5 minit. Angkat. Jika sudah layu, tumbuk kasar semua bahan.

Panaskan minyak, kemudian tumis semua bahan hingga layu dan harum.

Tambahkan gula, garam , air limau nipis dan kacau sehingga masak .

 

  1. Sambal Kicap

sambal-pilihan-lidah-melayu-7

Cili padi 5-10 tangkai [mengikut kepedasan yang diinginkan]

5 ulas bawang putih

1 sudu gula pasir

1 sudu gula merah

Garam secukup rasa

Perasa ajinamoto [jika suka]

Sedikit jus limau

 

Cara:

Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih tersebut sehingga kulit cilipadi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan. Bila tumbuk cepat hancur dan sebati.

Tumbuk cilipadi, bawang putih tadi bersama gula pasir dan gula merah, garam dan perasa, dah siap tumbuk boleh lah tambahkan kicap manis dan sedikit jus limau.

 

Selamat menikmati sambal pilihan melayu terbaik !!

 

 

 

Latest Articles

0 426
Masakan Thai memang sukar untuk ditolak lebih – lebih lagi bagi mereka yang sukakan masakan pedas. Kalau nak diikutkan sudah banyak restoran masakan Thai...