Authors Posts by ameerul

ameerul

23 POSTS 1 COMMENTS

0 635

Woww…… Di Florida, United State. Buaya Gergasi sebesar 15 kaki berjaya ditembak. Pastinya ia menjadikan satu penangkapan yang berjaya kepada Lee Lightsey dan Blake Godwin iaitu owner kepada agensi pemburuan dan penternakan Outwest Farms.

Buaya gergasi ini sememangnya amat besar, sudah pasti kalau buaya yang size normal pun kita tak berani nak dekat, ini kan pula yang size sampai 15 kaki tetapi bukan untuk mereka (Lee dan Blake), pada mereka, ia sebuah tangkapan yang hebat.

Outwest Farms ini antara agensi yang sangat aktif dalam pemburuan buaya dan babi hutan yang berlesen, mereka beroperasi pada 18 tahun lalu.

Buaya tersebut amat besar sehingga Lee Lightsey terpaksa menggunakan jentolak untuk mengangkat buaya tersebut. Wow! 

Mereka meletakkan harga $ 10,000 iaitu RM38,997 untuk membunuh buaya yang lebih besar dari 13 kaki dan $ 4,500 iaitu RM17,548 untuk membunuh buaya antara 10 kaki dan 12 kaki. Haiwan-haiwan ini yang kebanyakannya dibunuh dengan senapang berkuasa tinggi.

Mereka juga berkata bahawa “Kami membunuh dengan penderitaan yang mininum kepada haiwan tersebut supaya haiwan-haiwan tidak merasakan kecederaan sebelum mati”katanya.

Mr Lightsey juga bercadang untuk donate daging-daging tersebut kepada charity.

Berikut adalah gambar-gambar buaya tersebut, teramat besar! well, see yourself

 

 

 

 

Be Safe 🙂

0 8331

Hari ini kami akan membincangkan mengenai senaman cardio manakah yang lebih baik dalam membakar kalori dan memberi stamina pada masa yang sama.

Berbasikal adalah satu senaman cardio, ianya sama seperti jogging, kick boxing dah sebagainya. Ianya membantu membakar lemak dan kalori didalam badan melalui senaman kaki. Kepada mereka yang selalu berjogging dan tidak pernah cuba senaman berbasikal ini pasti akan merasakan kejanggalan ketika mengayuh, apentah lagi mengayuh dalam masa lebih dari 20 dan 30 minit. Berbasikal bukanlah sesuatu yang sukar, anda boleh berbasikal di kawasan outdoor mahupun indoor menggunakan indoor cycling bike, anda hanya perlu mengayuh pedal menggunakan kaki dan cuba mengawal kestabilan anda dan juga kelajuan anda, sudah pasti, lagi laju kayuhan anda, lg banyak kalori yang dibakar.

Banyak fakta dan kajian di seluruh dunia setuju bahawa berbasikal bakar lebih banyak kalori dan lebih selamat sekiranya dibandingkan dengan berjogging. Mungkin kerana berjogging mampu menyebabkan muscle soreness kerana ketika berlari laju, apabila anda hilang kawalan bernafas, badan anda akan mula penat dan anda akan mula hilang imbangan, ketika itu anda akan hilang kelajuan dan lutut anda akan mendapat tekanan kerana speed yang jatuh secara tiba-tiba. Apabila hilang kelajuan, anda pasti ingin mula mendapatkan kelajuan kembali, disitu anda akan hilang stamina dan tenaga kerana anda perlu force kaki anda untuk berganjak. Dan berlari juga mampu memberi masalah kepada lutut anda. Tidak seperti berbasikal, apabila anda kayuh, roda itu akan mula berputar dan anda hanya perlu memberi sedikit tekanan pada kaki untuk membuat roda itu terus berputar. Jadi tiada banyak tekanan fizikal yang negative pada berbasikal.

Jogging pula bukanlah seteruk mana, untuk golongan muda, jogging menjadi antara pilihan yang tepat kerana jogging memerlukan fizikal dan mental yang kuat. Sekiranya fizikal anda kuat tetapi mental anda lemah, anda tidak akan mampu untuk sampai ke garisan penamat. Berbasikal pula adalah lebih disarankan kepada golongan yang lebih tua kerana pada golongan tua, jogging bukan sesuatu yang baik kerana ia mampu memberi masalah yang lain serta keretakan pada lutut kerana disebabkan hentakan setiap langkah yang dilakukan. Kerana itu berbasikal lebih disarankan kepada golongan yang lebih berumur kerana berbasikal tidak mempunyai impact seperti jogging. Tetapi…… pada golongan tua, pendapat saya sebaiknya berbasikal menggunakan Indoor Cycling Bike kerana anda tidak perlu risau sekiranya anda akan terjatuh dari basikal apabila sudah penat.

Okay, seteruskan kita akan ceritakan mengenai HIIT, iaitu High Intensity Interval Training. Pada mereka yang tidak tahu mengenai HIIT ini, saya akan menghurai apakah sebenarnya HIIT. HIIT ini adalah satu program training yang amat susah dan memenatkan, tetapi, setiap keburukan pasti ada kebaikan. Kebaikan melakukan HIIT ini ialah ia membakar kalori lebih banyak (could be double) dari senaman biasa. HIIT ini biasanya digunakan oleh trainer apabila client mereka sudah mula biasa dengan normal exercise. HIIT ini boleh dilakukan dengan berbasikal, ataupun jogging, tetapi ramai trainer yang menggunakan dengan berbasikal kerana pembakaran lemaknya lebih cepat dan keupayaan untuk menghabiskan set-set ini lebih mudah berbanding dengan jogging. Pada pendapat saya, lakukan HIIT dengan berbasikal kerana anda akan lebih mudah menghabiskan set-set yang ditetapkan. No Excuses! 

Jadi, macam mana kiraan untuk HIIT ini untuk beginner?

  1. Lakukan warm up iaitu kayuh / jalan laju untuk 3 minit
  2. Kemudian mulakan sedikit kelajuan yang normal untuk 1 minit
  3. Selepas 1 minit, kayuh / lari selaju mungkin untuk 30 saat (speed up, do NOT reduce the speed)
  4. Apabila selesai 30 saat, kayuh / jogging pada kelajuan normal untuk 1 minit tetapi jangan terlalu perlahan
  5. Kemudian ulang kembali speed 30 saat dan kayuh / lari normal untuk 1 minit
  6. Ulang untuk 5 set

Selepas selesaikan 5 set, anda boleh rehat dengan cara berbasikal pada speed warm up untuk 1 minit dan mulakan kembali set tersebut untuk 3 kali. Sekurang-kurangnya habiskan 20 atau 30 minit anda, Tetapi jangan lupa untuk kembali warm up pada 3 minit terakhir, jangan sesekali berhenti selepas melakukan set-set tersebut, experiance saya, ada juga orang yang muntah dan hampir pitam. Jadi warm up dahulu sebelum anda berhenti kerana ia akan memberi ruang kepada jantung anda untuk kembali normal. Kerana sekiranya anda terus berhenti, apabila jantung anda dalam keadaan denyutan yang laju, anda akan mula rasa berpusing, jadi, warm up dan teruskan bergerak, jangan berhenti,

Pembakaran kalori untuk senaman biasa adalah terpulang kepada size badan dan jantina, sebagai contoh, 70kg Male, mampu membakar lebih dari 300 kalori dalam 30 hingga 45 minit. Tetapi untuk HIIT, pembakaran kalori mampu cecah 400+ dalam masa 30 minit dengan full effort. 

Jadi, buat pilihan anda dan mulakan senaman. No Pain, No Gain. Be Safe 🙂

0 1847

Percutian di Grand Lexis Port Dickson. Kali ini kami akan post mengenai Grand Lexis di Port Dickson. Tak habis-habis dok post mengenai Top 10, 10 tempat menarik, tapii….. kali ini, kami akan post mengenai Grand Lexis! Tempat yang menarik dan unik. Kepada mereka yang tidak pernah ke Grand Lexis pasti tidak akan tau betapa seronoknya berada disana. Port Dickson sememangnya menjadi perhatian ramai pengunjung di dalam dan luar Malaysia. Ianya mempunyai pantai yang cantik, suasana yang tenang, pelbagai jenis kemudahan dan pelbagai lagi tempat untuk dikunjungi di Port Dickson. Soooo….. mari kita teruskan dengan Grand Lexis!

 

Grand Lexis adalah sebuat hotel penginapan yang cantik, boleh dikatakan 5 Star hotel kerana ianya bersih, enviroment yang tenang, pelbagai kemudahan, view yang cantik, dan tempat yang selesa. Anda boleh menggunakan lebuhraya utara selatan ke Seremban dan mengambil exit Port Dickson. Di Grand Lexis juga mempunyai banyak permainan yang anda boleh lakukan sekiranya anda ingin melakukan aktiviti, antaranya ialah permainan snakes yang anda boleh bermain dengan keluarga anda, mini segway yang mempunyai track, archery dan pelbagai lagi.

Khas untuk anda pengunjung di Siputhijau.com, dapatkan harga diskaun di Hotel Grand Lexis Port Dickson jika anda booking di Agoda melalui siputhijau.com .. Jangan tunggu lagi nanti bilik penuh.. klik disini

 

 

 

Sudah pasti, kebanyakkan hotel mempunyai swimming pool di luar, sama seperti di Grand Lexis, ianya mempunyai swimming pool diluar yang amat cantik dan besar, tapi………. pengalaman saya semasa di Grand Lexis, saya tidak pernah mandi di swimming pool itu, kerana, kenapa nak mandi dekat luar kalau ada swimming pool di dalam?????

tadaaaa………

 

Itu lah yang menjadikan Grand Lexis ini sebuah hotel yang unik dan menarik, kepada mereka ynag malu untuk mandi diluar boleh menikmati masa berseorangan dengan tenang di bilik anda yang mempunyai private swimming pool.  Tiada lagi bunyi bising, cukup ruang untuk anda menyelam dan berenang sekitar pool tersebut, ianya bukanlah sebesar mana, tapi amat cukup dan memuaskan kepada anda dan pasangan. Tips saya sebelum anda terjun…. sila pakai body lotion atau mandi pada waktu malam kerana dengan cuaca begini, pasti kulit anda akan burn, kerana pastinya anda akan berendam dengan masa yang lama dengan private swimming pool ini. Dan antara yang menariknya anda boleh mandi pukul berapa pun kerana ianya tidak mempunyai limited time seperti diswimming pool luar. Tandasnya juga cantik dan selesa kerana kebersihan yang dijaga dengan baik.

Mari kita cuba search berapa harga satu malam dan sedikit review mengenai Grand Lexis ini. Grand Lexis ini mempunyai pelbagai option, ada yang di atas laut, iaitu anda boleh melihat laut melalu kaca yang diletakkan di hadapan katil anda, juga ada yang biasa iaitu dikawasan teres, ada juga dikawasan bertingkat. Jadi, anda boleh memilih sebelum membuat sebarang pembayaran.

 

 

Dan harga untuk Grand Lexis ini yang sesuai untuk pasangan baru berkahwin ialah sekitar RM500+ (even cheaper),  Deluxe Pool Villa untuk 2 orang dewasa.  Iaitu ia mempunyai King Size Bed!

Antara kemudahannya ialah :-

  • Airconditioner & Fan
  • TV + Free Wifi
  • Daily Newspaper
  • Laundry Services
  • Mini Bar
  • Microwave
  • Kictenette
  • Tea and Coffee maker
  • Work Desk
  • Bathrobe

Itu lah dia info mengenai Grand Lexis Port Dickson. Kepada mereka yang berminat atau ingin mulakan bulan madu boleh lah book dan kunjungi Grand Lexis ini kerana ianya amat memuaskan hati, kerana ia memberi ketenangan privasi kepada anda.  Have fun! Selamat bercuti and Be Safe 🙂 

Khas untuk anda pengunjung di Siputhijau.com, Hotel Grand Lexis Port Dickson tawarkan harga diskaun apabila anda booking di Agoda melalui siputhijau.com .. Jangan tunggu lagi nanti bilik penuh.. klik disini

15 9853

Ini adalah senarai 5 Artis Terkenal Di Malaysia yang telah membuka kedai makan/gerai di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Mereka juga tidak melepaskan peluang membuka kedai makan kerana minat, perniagaan, dan kemahiran dalam masakan. Mereka juga membuka kedai untuk peminat dan umum untuk merasa air tangan mereka sendiri. Sooo… jika berminat, sila kunjungi kedai mereka dan kami akan senaraikan sekali alamat untuk anda.

1. Laman Grill (Chef Zubir)

 

 

– Laman Chef Zubir ini terletak di G33, Block 5 Laman Seri Bussiness Park, Persiaran Sukan Seksyan 13, 40000 Shah Alam, Selangor. Kebanyakan pengunjung yang datang untuk merasa dan mengisi kekosongan perut di Laman Grill ini memberi feedback yang bagus akan masakan ala western nya. Untuk merasa sendiri boleh mengunjungi alamat tersebut dan rasa sendiri.

2. Hot Burger (Fizo Omar)

– Pasti ramai yang sudah tahu artis terkenal Fizo Omar membuka kedai burgernya yang bernama Hot Burger. Boleh dikatakan ianya amat Famous dan sedap untuk dinikmati kerana burgernya dagingnya dibuat sendiri oleh Fizo Omar. Untuk mencari kedai-kedai burgernya, boleh melayari facebook Hot Burger dan antara kedainya terletak di hadapan KK di Wangsa Maju.

3. Thymes Cafe (Hafiz Suib)

– Hafiz juga tidak melepaskan peluang membuka kedai makanannya yang terletak di No 16-G Block C, Pusat Perniagaan The Atmosphere Bandar Putra Permai 43300 Sri Kembangan, Selangor. Kedai makannya mempunyai keistimewaan Western yang mengandungi herba. Untuk tahu rasanya, boleh kunjungi kedainya di alamat tersebut.

4. BurgerByte Damansara (Zizan Razak)

– Zizan Razak, comedian terkenal telah membuka kedai makan burgernya. Alamat kedai makannya di No 47830, 10, Jalan PJU8/3A Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor.  Kedai burger grill nya juga mempunyai beberapa menu yang lain untuk dinikmati.

5. Kids and Creamer (Aaron Aziz)

– Pelakon terkenal KL gangster, Ombak rindu, iaitu Aaron Aziz telah membuka kedai westernnya yang berada di Setia Alam, jadi mereka yang tinggal dekat di kawasan KL dan Selangor boleh lah kerap mengunjungi kedainya. Kedai makannya juga berkonsepkan lebih kepada kanak-kanak kerana mempunyai Baking Class. Alamat kedainya ialah No 5, Jalan Setia Dagang u13/ak, Setia Alam 41070 Shah Alam, Selangor.

Ini lah senarai artis terkenal malaysia yang membuka kedai mereka untuk peminat-peminat dan pengemar makanan untuk merasa keunikan yang mereka peroleh. Jadi, apa lagi….. Enjoy your foods and Be Safe 🙂

0 2422

Disini akan kami senaraikan pilihan Top 10 kawasan-kawasan di Pulau Pinang yang kami rasa sesuai dan wajib untuk dikunjungi, pada mereka yang pernah mengunjungi Pulau Pinang pasti akan familiar dengan tempat-tempat yang akan kami senaraikan, tetapi untuk mereka yang tidak pernah kunjungi Pulau Pinang, pastinya ini akan membantu untuk anda melakukan jadual-jadual yang penuh untuk anda sebelum berangkat ke Pulau Pinang. Pulau Pinang adalah negeri besebelah Kedah. Sekiranya anda sudah dekat dengan Pulau Pinang, boleh lah mengambil sedikit masa untuk mengunjungi negeri Pulau Pinang.

WELCOME TO PULAU PINANG 

1. Escape Theme Park Penang

– Extremeeee…. for those yang suka pada sukan lasak dan aktiviti yang mencabar dari segi fizikal dan mental boleh lah “mencabar diri” di sini kerana ia mempunyai flying fox, climbing dan macam-macam lagi.

Dapatkan hotel-hotel di Penang dengan harga diskaun disini.. Khas untuk pembaca siputhijau.com Klik disini

2. Penang Street Art

– Bagi mereka yang gemar bergambar atau art expert, boleh lah mengambil sedikit masa untuk mengunjungi Penang Street Art ini dan nikmati lukisan mural 3D street art ini. Sekiranya anda google atau melayari sosial media, anda boleh lihat ramai diantara mereka yang bergambar dengan keunikan seni ini. So kalau dah ada di Penang jangan lupa bergambar dan kunjungi kawasan ini.

3. Bukit Bendera

– Destinasi yang wajib untuk dikunjungi antaranya ialah Bukit Bendera kerana aktiviti menaiki kereta kabel ini mampu membuatkan anda menarik nafas lega dan menenangkan diri dengan melihat dan menikmati pemandangan bandaraya Pulau Pinang melalui Cable Car.  So, sit back and relax….

4. Taman Negara Pulau Pinang

– Di Teluk Bahang juga menjadi perhatian pada para pengunjung yang menyukai aktiviti yang tenang dan  boleh meluangkan masa bercuti dengan aktiviti yang sihat kerana di sini anda boleh melakukan jungle trekking, camping, meningjau kehijauan, melepak dipantai dan sebagainya. Dan yang lebih menarik, anda akan melalui canopy walkway yang menjadi pertemuan air tasik tawar dan air laut yang masin. So, kalau nak nikmati semua itu, silalah kunjungi Taman Negara Pulau Pinang.

5. Padang Kota Lama

– Di Pulau Pinang, antara tempat yang menarik untuk dikunjungi ialah Padang Kota Lama. Ia merupakan tempat pendaratan Sir Francis Light pada tahun 1876. Banyak perkara peninggalannya yang masih berdiri kukuh lebih dari 100 tahun itu menjadi perhatian ramai pengunjung. Antaranya ialah bilik simpanan senjata, rumah api dan sebagainya.

6. Muzium Perang

– Pada mereka yang meminati sejarah-sejarah peperangan yang terjadi di Pulau Pinang oleh Tentara British boleh mengunjung muzium ini. Ia juga mempunyai penjara, bilik penyeksaan dan pelbagai lagi.

7. Taman Rama-Rama

– Taman ini akan menjadi kawasan yang amat sesuai untuk seisi keluarga, ianya juga sesuai pada mereka yang gemar pada kecantikan alam semula jadi dan keunikan spesis rama-rama ini. Taman ini memberikan lanskap yang cantik dan menenangkan.

8. Rumah P. Ramlee

– Pastinya pada mereka yang meminati seniman agong negara ini iaitu P. Ramlee, boleh mengunjungi rumah kelahirannya. Pelbagai sejarah yang boleh di amati dan dikenang. Di rumah ini anda juga boleh mengenali P. Ramlee melalui zaman kecilnya. Tanpa sejarah, tiada pengajaran dan rujukan.

9. Tokong Ular

– Haaaaa….. pada yang meminati haiwan reptilia yang berbisa boleh meluangkan masa bersama ular-ular di tokong ular ini kerana disini yang menariknya ialah ia mempunyai ular yang berbisa, tapi tidak perlu risau kerana ianya disimpan di kawasan yang bercermin, dan yang tidak berbisa akan dilepaskan tetapi dibawah kawalan penjaga. Anda akan melihat pelbagai jenis ular di kawasan ini. Pada yang berminat, silalah luangkan masa anda bersama ular-ular ini.

10. Pantai Batu Feringgi

– Antara tempat yang paling popular dan menjadi kewajipan pengungjung ialah Pantai Batu Feringgi. Pelbagai jenis aktiviti keluarga yang boleh dilakukan seperti banana boat, jetski, parasiling yang menarik dan pelbagai lagi keseronokan.

 

Pastinya Pulau Pinang menjadi kawasan yang menarik kerana ia mempunyai pelbagai perkara dan tempat yang boleh dikunjungi, anda tidak akan merasa bosan dan tidak tahu apa untuk dilakukan kerana di Pulau Pinang mempunyai banyak kawasan-kawasan yang akan memenuhi masa anda dan keluarga serta kawan-kawan. Be Safe 🙂

 

Dapatkan hotel-hotel di Penang dengan harga diskaun disini.. Klik disini

0 1182

Harga dan Spesifikasi Samsung Galaxy A3 dan A5 . Anda suka ber”selfie”? Samsung Malaysia Electronics (SME) telah melancarkan Samsung Galaxy A3 dan A5 yang ditujukan/disasarkan kepada golongan muda.

“Kehadiran kami cukup dekat dengan pengguna di negara ini maka ia membolehkan kami memahami keperluan pengguna dan mempertingkatkan peranti mudah alih serta perisian supaya dapat menawarkan produk yang mereka mahukan.

“Maka kami memperkenalkan Galaxy A5 dan Galaxy A3 yang dibangunkan dengan ciri selfie yang lebih luas sejajar dengan peningkatan akses digital dan perkongsian gambar selfie di media sosial” katanya pada pelancaran Galaxy A5 dan Galaxy A3.

Model terbaharu iaitu Galaxy A5 ditawarkan pada harga RM1,999 dan Galaxy A3 pula pada harga RM899. Coming soon pula adalah Galaxy A7 bulan hadapan.

Ini adalah antara Features Galaxy A3 dan A5 :-

Samsung Galaxy A3

CPU         – Quad Core 1.2 GHz Cortex-A53

Memory – 16 GB Storage dan 1.5 GB RAM

Camera   – 8 Megapixel Primary dan 5 Megapixel Secondary

Battery    – 1900 mAh

Price        – RM 899

Samsung Galaxy A5

CPU         – Quad Core 1.2 GHz Cortex-A53

Memory – 16 GB Storage dan 2 GB RAM

Camera   – 13 Megapixel Primary dan 5 Megapixel Secondary

Battery    – 2300 mAh

Price        – RM 1,999

Thats it for now, TQ 🙂

 

1 7357

Siapa yang tidak tahu tentang Melaka, negeri yang penuh sejarah yang termasyhur dan pasti menarik perhatian, Melaka juga antara negeri yang sering dikunjungi kerana seni bina lamanya, sejarah kesultanan dan penjajahannya dan lain-lain. Selain kisah The Hang’s, Melaka juga mempunyai banyak cerita dan tempat menarik untuk dikunjungi.

Kami bagi diskaun untuk anda pergi melaka melalui link ini. Klik link disini

Kami akan paparkan Tempat-tempat menarik di Negeri Melaka :-

Zoo Melaka dan Night Safari

Dibuka pada 9am-6pm

– Mengunjungi Zoo kedua terbesar di Malaysia yang dibina ditepi lebuhraya Ayer Keroh

Kota Afamosa

– Melihat kubu pertahanan Portugis yang dibina pada tahun 1511 setelah menawan Kota Melaka oleh orang Melayu

Muzium Kapal Selam

Dibuka pada 9am-5.30pm

– Kunjungi kapal yang pernah menjadi tempat latihan krew pertama kapal selam negara ini, yang juga dibina pada tahun 1979

Taman Rama-Rama

Dibuka pada 8.30am-5.30pm

– Melihat taman yang mempunyai lebih 200 spesies serangga dan yang sukar ditemui

Jonker Walk Melaka

Dibuka pada 10am-10pm

– Shopping dikawasan rumah kedai yang lama dan menarik

Masjid Selat Melaka

– Beribadah di masjid yang dibina diatas laut selat Melaka dan juga menarik

Melaka River Cruise

Dibuka pada 9am-11pm

– Menyusuri sungai menaiki boat dan melihat bangunan-bangunan yang lama dan bersejarah

Muzium Islam Melaka

Dibuka pada 9am-5pm

– Mengenali sejarah Melaka dan sejarah Islam Melaka

Muzium Kesultanan Melaka

Dibuka pada 9am-5pm

– Melihat replika dan pelbagai yang pasti menarik perhatian peminat sejarah

Menara Taming Sari

Dibuka pada 10am-10pm

– Menara Tamin Sari adalah sebuah menara tinjau yang setinggi 110 meter

Jadi sudah tahu pilihan anda di Melaka? So, have fun there.

Thats it for today 🙂 Tq for watching

– jika betul-betul nak pergi ke 10 Tempat Menarik Dan Berbaloi Untuk Dikunjungi Di Melaka ni.. mesti la hendak bermalam paling kurang 2 3 malam disana. Klik disini untuk hotel-hotel dan homestay di Melaka. 

0 1239

Lenovo VIBE X2 Spesifikasi dan Harga. Lenovo telah mengeluarkan telefon pintar terbaharunya. Iaitu Lenovo Vibe X2. Ianya bersesuaian buat pengguna dizaman berteknologi ini. Bersama kuasa True Octa-Core dan pembesar suara yang pasti menjadi idaman mereka yang inginkan kelainan pada harga yang bersesuaian ini. Menurut Pengurus Besar Negara, Lenovo Malaysia, Khoo Hang Chuan, ini merupakan telefon pintar yang unik dengan tiga lapis warna menjadikan ia adalah gaya yang terbaharu.

Lenovo mendakwa, Vibe X2 merupakan telefon pintar berlapis pertama didunia dengan rekaan nipis dan seolah-olah peranti yang dicipta secara personal untuk peminatnya.

Jadi mari kita lihat apakah spesifikasi dan harga telefon Vibe X2 ini :-

  • Cpu – 2.0 GHz 4G LTE True8Core
  • Memory – 2GB RAM dan 32GB Storage
  • Camera – Front 13 Megapixel dan Back 5 Megapixel
  • Battery – 2300 mAh
  • Price RM 1,199

5 56640

Green Tea

Green Tea Kebaikan dan keburukan. Green tea, ramai yang pasti mengetahui kebaikan Green tea ini. Antara kebaikan yang famous dari Green tea ialah process pembuangan toxin didalam badan yang membantu untuk mengurangkan berat badan. Banyak kajian yang telah dilakukan buat teh hijau ini, memang terbukti ia membantu mereka yang mahu hidup lebih sihat. No wonder kenapa ramai rakyat Jepun yang sangat gemar minum teh hijau ini, its became their basic daily drinks. Tu sebab ramai rakyat Jepun yang hidup sehingga 100 tahun, rahsia mereka adalah asas minuman mereka adalah Green tea.

Ini adalah antara kebaikan Green Tea

  1. Membakar kalori dengan cepat
  2. Merendahkan kadar kolestrol yang bagus untuk penyakit jantung
  3. Mencantikkan dan menjaga kulit
  4. Dapat menghidarkan kita dari penyakit kanser kerana antioxidant nya
  5. Elok untuk penyakit diabetes kerana ia membantu mengawal gula dalam darah

Cara pengambilan

– Pastikan uncang tersebut diletakkan didalam air yang panas dan biarkan sehingga 3 atau 5 minit sehinggalah ia menjadi pekat. Kemudian sekiranya anda lebih gemar ia menjadi sejuk, boleh meletakkan air selepas 3 atau 5 minit tersebut.

Tips buat mereka yang ingin kurus dengan Green tea

-Pastikan menjaga permakanan, tidak semestinya bila dah minum Green tea ni kita boleh makan lebih.

– Se elok-eloknya makan kurang dari 2000 kalori sehari untuk diet bersama Green tea

– Kalau at the 1st place tak sedap, minum sahaja sebagai ubat, keep in mind that you want to get healthy, dan lama-lama anda akan selesa minum dan gemar minum. Jangan berhenti sekerat jalan, make it as your basic drinks for daily.

– Kalau mahu, minum Green tea ini selepas bangun tidur dan sebelum tidur kerana process pembakaran kalori lebih senang terjadi ketika badan kita sedang tidur. Dan untuk pengetahuan anda, ketika dalam tidur pun kalori banyak dibakar oleh badan. Tapi harus tidur dengan cukup.

– Peringatan, Green tea ini tidak boleh diambil lebih dari 2 atau 3 cawan sehari kerana Green tea mempunyai kafein yang tersendiri.

Jenama

 

*Dan banyak lagi Jenama seperti Chinese Green Tea dan sebagainya. Enjoy the taste 🙂

TQ 🙂 for watching.

 

 

 

0 1384

Hi, kita share skit berkaitan Minyak Zaitun Khasiat dan Penggunaan.

Minyak zaitun banyak yang kita dengar amat sihat untuk badan yang ingin cergas. Tetapi masih ramai yang tidak mengendahkan khasiat dari buah zaitun ini. Memanglah, siapa suka minum minyak 🙁 tetapi rasa itu bukan lah suatu isu sekiranya kita benar-benar ingin sihat, just keep in mind that it’s good for you. Mungkin dengan cara mengetahui atau mengenali kebaikannya, pasti ramai akan mula mengambil minyak zaitun ini sebagai minuman harian. Kalau tak ingin mula dengan minum atau memang tak ingin nak minum, mulakan dengan masak/goreng menggunakan minyak ini. Sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan lemak dan calori yang sedia ada pada minyak masak yang lain.

Allah S.W.T juga pernah menyebut, “Demi buah tin dan zaitun”.

Dan kerana ramai yang telah mengkaji khasiat didalam minyak ini, dan mereka amat bersetuju sekiranya kita menjaga kesihatan menggunakan minyak ini. Sedangkan kalau dilihat di televisyen luar negara tentang masakan, ramai antara mereka menggunakan minyak zaitun sebagai minyak masak. Kerana khasiat yang diperoleh minyak tersebut amat memuaskan hati. Tetapi cuma minyak tersebut agak mahal untuk digunakan.

Antara kebaikan minyak zaitun ini adalah :-

  1. Menyihatkan Jantung (minum)
  2. Mengawal paras gula dalam darah (minum)
  3. Membantu mengurangkan lemak (minum)
  4. Membantu sistem penghadaman (minum)
  5. Meningkatkan imuniti badan (minum)
  6. Untuk kulit dan awet muda (sapu)
  7. Mengurangkan risiko kanser (minum)
  8. Mengurangkan pengambilan lemak seharian (minum)
  9. Membekalkan Vitamin E (minum)
  10. Massage terapi (sapu)

Jenis minyak zaitun :-    

– Extra Virgin Olive Oil (Paling bagus)

– Virgin Olive Oil

– Olive Oil

Cara penggunaan ialah, minum 1 sudu besar selepas bangun tidur/atau sebelum makan pagi, dan 1 sudu besar sebelum tidur.

Banyak lagi kelebihan lain minyak zaitun ni..:) nanti kita share lagi disini.

Terima kasih

0 1526

Hello and Good Morning.

Acer yang selama ini dikenali antara jenama komputer yang diminati oleh rakyat Malaysia dan luar negara juga memberi nafas baru untuk teknologi telefon. Bersama teknologi yang serba baharu dan sebagainya. Acer memberi kepuasan yang cukup terhadap pelanggan-pelanggannya.

Acer telah memperkenalkan tiga model terbaharunya, iaitu Acer Liqiud X1, Liquid Jade, dan Liquid Z500. Katanya juga, Acer mempunyai ciri-ciri tersendiri yang khas buat pelanggan.

Mari kita lihat telefon-telefon terbaharu buatan Acer ini.

Acer Liquid X1

       CPU        – Octa-core 1.7 GHz Cortex-A7

       Camera  – 13 Megapixel

       Screen   – 5.7 inch

       Battery  – 2700 mAh

       Price      – RM 999

 

Acer Liquid Jade

       CPU        – Quad-core 1.3 GHz Cortex-A7

       Camera  – 13 Megapixel

       Screen   – 5 inch

       Battery  – 2100 mAh

       Price      – RM 799

 

Acer Liquid Z500

       CPU        – Quad-core 1.3 GHz Cortex-A7

       Camera  – 13 Megapixel

       Screen   – 5 inch

       Battery  – 2000 mAh

       Price      – RM499

Tq for watching. Itu adalah telefon terbaharu keluaran Acer.

0 792

Kapten Liverpool iaitu Steven George Gerrard yang berusia 34 tahun itu mendedahkan kepada media bahawa beliau akan menyertai pasukan yang belum disebut namanya di Amerika Syarikat setelah meninggalkan Anfield pada akhir musim ini. So memang confirm, Steven Gerrard Disahkan Berpindah ke Amerika Syarikat.

Gerrard yang telah membuat keputusan itu setelah beraksi di Liverpool selama 25 tahun dan menjaringkan goal sebanyak 180 kali dalam 695 kali penampilan.

Media tempatan juga melaporkan bahawa kemungkinan Gerrard akan mengikut jejak langkah bekas pemain England yang menyertai Los Angeles Galaxy iaitu David Beckham.

Di Amerika Syarikat, Espn.com memetik sumber yang melaporkan bahawa Steven Gerrard akan menyertai Galaxy dengan kontrak selama 18 bulan yang bernilai $6 juta setahun. Namun tiada pengesahan dilakukan oleh kelab tersebut.

Beliau juga menyatakan “Saya akan pergi bermain di Amerika” di saluran televisyen Liverpool, TVLFC.

“Setelah sahaja saya tahu saya akan bermain dengan pasukan mana, saya akan membuat pengumuman” katanya.

Seterusnya adalah gambar beliau bermain bersama Liverpool dan pasukan negaranya England.

TQ for watching 🙂

 

Latest Articles

0 65
Semua orang boleh berniaga tapi tak semua orang tahu ‘closing sale’. ‘Closing sale’ adalah satu strategi perniagaan bagi memastikan perniagaan kita akan mendapat sambutan...