Authors Posts by Ridzlan Rozaiman

Ridzlan Rozaiman

118 POSTS 4 COMMENTS

0 971

Kadang-kadang kita cakap nak simpan duit nak berjimat, nak kurangkan belanja, padahal itu semua mulut je. Bila ada duit je dalam wallet tu terus guna beli benda yang bukan bukan. Duit dalam wallet tak sempat nak beranak dah kena guna.

how-to-save-money

Sesetengah dari kita mungkin dah ada target dan impian, nak pergi bercuti nak beli kasut, baju, mungkin telepon bimbit, phone pun dah mahal samsung, sony, iphone mana nak dapat dah bawah 500 ratus sekarang ni. Tapi duit tak sampai lagi separuh barang idaman dah habis, pergi mana tu ?? entah la labu.

Jadi Admin Akan List Kan 5 Cara Mudah Untuk Berjimat.

1. Tinggalkan Kredit Kad

Jangan bawa kredit kad tu debit kad pun sama, tinggalkan dekat rumah ataupun tinggalkan dalam kereta selit la dekat mana-mana, sebab kita ni kadang kadang tak perasan yang kita ni dah lebih budget, dan kadang kadang kita overspend.

2. Mintak Diskaun

Kadang kadang ada je kedai yang boleh mintak diskaun, kita tak tanya dia tak bagi la, jadi malu malu tu simpan tepi dulu buat muka tembuk mintak je. Kalau tak dapat takpe kalau dapat dah jimat dah duit kita. Mintak la diskaun yee.

3. Tunggu

Cara ini mungkin pelik sedikit, cara menggunakan teknik “Tunggu” tu macam ini, suruh owner kedai tu simpan barang itu selama 2 hari bersamaan 48 jam. Contohnya korang pergi ke kedai baju, suruh owner tu simpan kan baju tu selama 2 hari, dalam masa 2 hari tu, kamu fikir masak masak, baju tu penting ke tidak, kalau penting pergi tanya balik dan kalau baju itu masih ada kita beli, kalau baju tu telah dijual, tak ada rezeki la. Tapi ingat motif dia untuk SAVING duit korang kan.

4. Nasihat

Kena buat group nasihat, group ini adalah untuk menasihat antara satu sama lain, nasihat boleh, bagi warning boleh, marah boleh, jangan pinjamkan duit sudah. Jadi sebelum melakukan sebarang pembelian tanya group ni dulu dan cuba dapatkan nasihat daripada diorang.

5. Buat Research

Sebelum melakukan sebarang pembelian kaji dulu, kaji harga di setiap kedai, bandingkan dengan di web site, dan sebagainya. Pilih harga yang menarik dan murah, buat kajian sangat penting risau korang kecewa, kenapa harus belanja lebih kalau boleh dapatkan dengan harga yang murah.

17121923990_ba6b3b8fe6_b
Jadi ini adalah 5 cara mudah untuk berjimat, kalau cari ini membantu comment la, kalau korang ada cara yang lebih baik dan tidak memeningkan share la dengan kita orang okey ūüėČ

0 1745

Berbangga, sangat berbangga, .Malaysia Mempunyai Resort Termewah Di Asia Haa.. korang percaya tak ? mungkin ada yang pernah dengar dan pernah pergi ke Club Med Cherating.

Club Med ni adalah sebuah resort yang sangat cantik dan mewah. Club Med ni bukan tak popular tertapi tak silap Admin la kan Club Med ni tak terbuka kepada orang luar, maksudnya tak boleh pergi suka-suka je, tapi hanya members sahaja yang boleh menginap dekat resort tersebut, setahu Admin la.

Resort ini mempunyai keunikan dan keindahannya yang tersendiri, panoramanya yang indah, pantainya di jaga rapi pasirnya soalah-olah tidak diusik. Kecantikannya sangat menakjubkan dengan alam semulajadi, banyak hidupan liar, aktiviti yang menarik dan santai. Sesuai untuk keluarga-keluarga yang meminati aktiviti luar.

club-med-cherating-beach
Zen-Space-Club-Med
Pantai-Club-Med

Haaaa tengok lah, Admin tngok dalam gambar pun dah jatuh cinta yang dapat pergi lagi la kan,  untungnya.
Jadi tidak sangka la Club Med boleh menduduki tempat ke 5, resort termewah di Malaysia.

Top 10 Resorts Termewah di Asia:

1. Kurumba Maldives, Vihamanafushi, Maldives

2. Maafushivaru, South Ari Atoll, Maldives

3. Banyan Tree Vabbinfaru, Vabbinfaru, Maldives

4. Club Med Kani, North Male Atoll, Maldives

5. Club Med Cherating Beach, Kuantan, Malaysia

6. Hotel Mermaid & Club, Kalutara, Sri Lanka

7. Centara Grand Island Resort & Spa, Centara Grand Island, Maldives

8. Club Med Bali, Nusa Dua, Indonesia

9. Club Med Bintan Island, Bintan Island, Indonesia

10. Heritage Village Club Goa, Cansaulim, India

SAMSUNG CSC
deluxe-rooms
Haaa kalau korang ada sebarang cerita ataupun info-info yang menarik mengenani Club Med ni, comment la boleh share share story.

0 1093

toddlersleepBaru-baru ni Admin terkejut nampak budak umur 4 tahun tengah main ipad boleh berjaga sampai pukul tiga empat pagi. Gila tak terkejut dulu budak budak pukul 10 dah kena tidur, kalau berjaga pun tak ada apa nak buat.

Bukan kata budak budak, kita ni pun ada sesetengah yang susah nak tidur, bukan tak cuba tapi dah tak boleh nak tidur, tutup mata pun rasa macam masih berjaga kan ?

5 Cara Mudah Untuk Tidur Dengan Cepat

1. Tidur sambil mendengar lagu, pakai headphone yang lembut d ikut kesesuaian musik korang la, tapi lebih di syor kan musik musik yang perlahan yang tenang. Tak semua orang boleh buat cara ni, sebab macam Admin, Admin lebih selesa tidur tanpa sebarang bunyi dah musik,

2. Sebelum pergi tidur cuba teknik ini, lebih bersantai dan progresif,  kata Catherine Darley , ND , pengarah Institut Naturopathic Sleep Medicine di Seattle. Cuba bengkokan jari kaki dengan ketat dan kira hingga tujuh, dan kemudian relaks.

3. Rutin harian pun mempengaruhi bagaimana kita tidur. Kata Stephanie Silberman , PhD , pengarang The Insomnia. Setiap hari , kita harus merekod berapa banyak kafein yang telah kita minum, bila dan berapa banyak kita bersenam dalam seminggu, jadi kita harus menjaga pemakanan dan harus bersenam dengan lebih kerap.

4. Memastikan suhu sekeliling yang selesa, sesengah orang suka kan suhu yang sejuk malah sesetengah suka suhu yang tidak sejuk dan tidak panas, suam mungkin. Menurut Silberman tetapkan suhu bilik dalam 24c ke bawah akan memudahkan lagi seseorang itu untuk tidur.

5. Dr Darley berkata. Sebelum tidur, cuba berada di atas katil 1 jam lebih awal, satu jam itu adalah untuk berehat. Dr Darley menyuruh supaya mengambarkan sebarang pemandangan yang tenang, seperti di pantai, padang hijau dan sebagainya.

Admin harap cara-cara ini dapat membantu supaya korang mudah tidur.

0 1118

iphonese-rosegold-select-2016
Apple telah mengeluarkan model terbaru mereka Iphone SE. Reka bentuknya sama sahaja macam iphone 5 dan iphone 5s, cuma ciri ciri dalamnya lebih menarik dan telah menewaskan kedua-dua iphone 5 ini.

Untuk mengetahui lebih mengenai Iphone SE boleh Klik –>Ciri-Ciri Dan Spesifikasi Apple iPhone SE <–

Apple mengharapkan sebuah model yang mampu dimiliki ramai, jadi mereka mengeluarkan kan Iphone SE, tetapi bagi Admin harganya masih lagi mahal. Iphone SE tidak mempunyai camera hadapan secantik Iphone 6, jadi bagi Admin lebih baik beli 6 terus.

Harga Terkini Iphone SE Di Malaysia

iphone-se.0.0

Iphone SE mempunyai 4 jenis warna
– Rose Gold
-Silver
-Gold
-Space Grey

16 GD RM 1949.00

64 GD RM 2499.00

RM 2499 dah boleh dapat Iphone 6s 64 GD second hand. Haaa RM 1949 boleh dapat harga iphone 6 64 GD secondhand. Jadi fikir-fikir kan la yeaa

 

0 1152

13103371_617045758458727_2897790324770027614_n-696x463

Piala FA perlawanan suku akhir antara Johor DT dan Kedah bermula dengan suasana yang hangat di Stadium Larkin, kali ini kelebihan lebih berpihak kepada Johor DT walaupun sukar kerana memandangkan Kedah mempunyai kelebihan daripada perlawanan pertama.

Pada minit awal lagi JDT telah memberikan tekanan kepada barisan pertahanan Kedah. Serangan demi serangan bertubi-tubi melalui Jorge Diaz, Azinee Taib, Syafiq Rahim dan juga Lucero. Namun setiap serangan masih dapat di kawal oleh benting pertahanan.

Tetapi pada minit ke-23, Jorge Diaz, berjaya menjaringkan gol dengan mudah akibat dari kesilapan pemain kedah sendiri. Perebutan bol menyebabkan gawang terhidang luas dengan tenang Diaz berjaya menjadikan kedudukan 1-0 dan 2-2 secara agregat.

Selepas jaringan Diaz, Kedah kelihatan semakin hilang tempo perlawanan, Kedah lebih banyak bertahan. JDT berjaya menguasai padang dengan rentak yang lebih baik, hantaran demi hantaran, percubaan demi percubaan berjaya di hasilkan. Tamat separuh masa pertama dengan jaringan 1-0.

i

Kedah bermula separuh masa kedua, dengan rentak yang agak baik, mereka berjaya mengawal bahagian tengah dengan lebih yakin berbanding pada separuh masa pertama.

Walaupun Kedah mewujudkan banyak peluang pada separuh masa kedua, namun tidak dapat mencari sentuhan jaringan, semasa Kedah sibuk mencari jaringan penyamaan JDT berjaya melakukan serangan balas, serangan bermula daripada Diaz di sebelah kiri. Diaz berjaya meloloskan diri masuk ke dalam kotak penalti dan melakukan hantaran kepada Lucero, hantaran dengan mudah meletakkan JDT di hadapan 2-0.

Johor kembali yakin mendominasi permainan, Kedah berjaya merapatkan jurang jaringan melalui gerakan sola Fakri Saarani. Kedudukan 2-1 dengan agreget 4-3

Sebelum tamat perlawanan Diaz berjaya menjaringkan gol kemenangan, dengan agreget 4-3.

Perlawanan Tamat JDT 3(4) 1(3)

 

2 3803


maxresdefault


Melaka ni banyak tempat menarik, cantik dan best. Sebabnya Melaka merupakan bandaraya yang bersejarah. Memang banyak tempat bersejarah pun. Kami senaraikan pilihan Top 10 kawasan-kawasan di Melaka yang kami rasa sesuai dan wajib untuk dikunjungi, pada mereka yang pernah mengunjungi Melaka pasti akan familiar dengan tempat-tempat yang akan kami senaraikan. Tetapi pada mereka yang tidak pernah ke Melaka ini akan memudahkan lagi percutian anda.

Top 5 Tempat Menarik Untuk Dikunjungi Di Melaka

1. KOTA FAMOSA

1366174908

A Famosa merupakan sebuah kubu yang dibina oleh Portugis semasa menakluk Melaka pada tahun 1511. Kota ini mengambil masa 5 bulan untuk dibina hasil daripada kerahan buruk paksa bagi menangkis serangan orang-orang melayu pada ketika itu.

Alamat: Jalan Parameswara, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia

2. JONKER STREET MELAKA

jonker-street

Menariknya di sini anda berpeluag melihat artifak asli yang berumur sehingga 300 tahun yang lalu dan boleh menjumpai  barang-barang antik yang lain, setiap satu mempunyai sejarah dan misterinya yang tersendiri. Jalan ini yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Jonker telah dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk mencari dan membeli barang-barang antik. Pasar malamnya setiap Jumaat hingga Ahad, dengan sekitar 300 peniaga, menjadi tarikan pelancongan antarabangsa sejak dibuka pada 1990-an.

Alamat:75200 Malacca, Malaysia

3. ZOO MELAKA NIGHT SAFARI

image01
Satu-satunya Zoo yang besar di Melaka untuk melihat pelbagai jenis binatang buas yang dibawakan khas dari dalam dan luar negara. Night Safari di Zoo Melaka merupakan salah satu aktiviti menarik di Melaka pada waktu malam yang boleh anda datang bersama keluarga untuk melihat gelagat binatang buat di waktu malam.

Alamat: 75450 Malacca, Malaysia

4. THE SHORE SKY TOWER

maxresdefault

The Shore Sky Tower adalah tempat menarik di Melaka anda wajib cuba. Sky Tower ini terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery bersamaan 163 meter dari paras laut. Yang menarik nya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar. Ia akan menguji keberanian seseorang dan bukanlah untuk orang yang gayat. Di atas sana, anda boleh melihat permandangan sekeliling.

Alamat: The Shore Sky Tower Sdn Bhd
Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Malaysia

5.Freeport A’Famosa Outlet

Freeport A'Famosa Fountain

Dengan lebih dari 80 kedai premium yang terdapat di dalam Freeport A‚Äôfamosa Outlet Village ini, ia nya akan menjadi syurga membeli-belah untuk pengunjung yang berkunjung ke Melaka yang terletak tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur. Di Freeport A‚Äôfamosa Outlet Village ini, lebih daripada 70 kedai premium adalah jenama luar negara yang menawarkan barangan original dan berkualiti dengan harga yang telah diberi diskaun 30% ‚Äď 70%.

Alamat: Freeport A’Famosa Outlet,
Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka


 

Pastinya Pulau Pinang menjadi kawasan yang menarik kerana ia mempunyai pelbagai perkara dan tempat yang boleh dikunjungi, anda tidak akan merasa bosan dan tidak tahu apa untuk dilakukan kerana di Pulau Pinang mempunyai banyak kawasan-kawasan yang akan memenuhi masa anda dan keluarga serta kawan-kawan. Be Safe ūüôā

0 1139

Kuala Lumpur: Penasihat Kehormat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (gambar) diberi amaran agar mematuhi peraturan ketika berada di kawasan teknikal.

7ae73efe4c50580e061849ef2d5b5ea4_XLKetua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) Kevin Ramalingam berkata, beberapa peraturan perlu dipatuhi ketika berada di bangku simpanan, termasuk memakai pakaian berbeza daripada pemain beraksi di padang.

“Beliau perlu mematuhi peraturan di kawasan teknikal seperti mengelak daripada menggunakan telefon bimbit, pakaian tidak boleh sama dengan yang dipakai pemain di padang

“Itu sebab pemain yang berada di bangku simpanan memakai bib agar tidak sama dengan rakan sepasukan yang sedang beraksi.

‚ÄúSelain itu, beliau tidak boleh meninggalkan kawasan teknikal untuk bertemu penyokong dan perkara seumpama itu. Ia adalah peraturan biasa dalam bola sepak yang perlu dipatuhi,‚ÄĚ katanya.
Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida juga dikatakan berselfie bersama pemain di kawasan teknikal.
Kevin menegaskan Hasmiza mungkin tidak dibenarkan memasuki kawasan teknikal jika terus melanggar peraturan tersebut.

‚ÄúJika peraturan itu tidak dipatuhi, kami tiada pilihan bagi memastikan tiada sesiapa melanggar peraturan. Kami memang inginkan sesuatu yang menghiburkan tapi tidak sampai ke tahap ini yang menjejaskan peraturan,‚ÄĚ katanya.

Kevin berkata, Dr Vida dibenarkan memasuki kawasan teknikal menerusi pendaftaran oleh KAFA sebagai pegawai pasukan dan FMLLP selaku entiti swasta yang menguruskan Liga Malaysia (Liga M) sejak awal musim ini, akur berdasarkan peraturan itu. – Bernama

Sumber – HMetro.

0 1454

Apple hari ini telah mengambil pentas utama dan mengumumkan telefon pntar terbaru mereka bersaiz 4-inci, iaitu iPhone SE. Ia menawarkan kuasa pemprosesan yang sama seperti iPhone 6S, dan apa yang menjadikannya berbeza adalah saiz telefon berkenaan yang kini lebih selesa ditangan.

iPhone-SE-05

Apple iPhone SE ini menawarkan kuasa pemprosesan sama seperti iPhone 6s ‚Äď iaitu dua kali ganda berbanding iPhone 5s, dan tiga kali ganda kuasa grafik berbanding iPhone 5s. Perkara ini dijayakan dengan menggunakan cip pemprosesan A9 dan juga M9 pada telefon pintar ini.Apple iPhone SE Apple iPhone SE Apple iPhone SE

Kamera juga dilihat lebih baik dari iPhone 5S, mungkin menggunanakan kamera yang sama seperti di iPhone 6S dengan 12 Megapixel serta sokongan Dual-LED Flash, PDAF, rakaman 4K dan sebagainya. Dibahagian hadapan pula hadir dengan 1.2 Megapixel kamera.

Untuk smartphone pertengahan atas ini, Apple turut memperkenalkan kemaskini iOS 9.3 yang tersedia diapasang pada peranti ini. Fungsi lain seperti pengimbas cap jari, sokongan Apple Pay, bateri Li-Po 1642 mAh serta sokongan LTE turut hadir untuk peranti ini.

iPhone-SE-vs-iPhone-5s

Platform : iOS 9.3
Pemproses : Apple A9
CPU : Dual-Core 1.84 GHz Twister
Paparan : 4.0 Inci, 640 x 1136 pixels 4.0 Inci, 640 x 1136 pixels
Memori : 1 GB RAM, 16/64 GB Internal 1 GB RAM
Kamera
12 Megapixel, F2.2 (Kamera Utama)
1.2 Megapixel, F2.4 (Kamera Selfie)
Dual-LED Flash, 4K Recorder
Rangkaian : 4G LTE 4G LTE
Bateri : Li-Po 1642 mAh Li-Po 1560 mAh

iphone-5s-side-1200x1174

Ciri-Ciri

Warna : Space Gray, Silver, Gold, Rose Gold
Bluetooth, Wi-Fi, NFC
Pengimbas Cap Jari
Space Gray, Silver, Gold
Bluetooth, Wi-Fi
Pengimbas Cap Jar

Harga bagi iPhone SE ialah $399 (~RM1619) bagi model 16GB dan $499 (RM2025) bagi model 64GB. Kami galakkan anda pilih model 64GB sekiranya berniat memiliki iPhone SE kerana gambar 12 MP dan video 4K ‚Äėmemakan‚Äô banyak ruang storan dalaman iPhone.

Tinjaun kami di laman Apple Malaysia menunjukkan iPhone SE sebagai ‚Äėcoming soon‚Äô dan saya jangkakan anda tidak perlu menunggu lama untuk memiliki iPhone SE di Malaysia.

1 1429
5 Roller Coaster Yang Seram Dan Menarik

Kepada yang suka mencabar diri mereka dengan menaiki Roller Coaster yang paling seram atau yang menarik diserata dunia.  Admin akan listkan 8 Roller Coaster untuk korang, mana tahu dapat membantu korang buat List Challenges.

1. King Da



King Da berada di taman tema bernama Six Flags Great Adventure di Us. King Da mempunyai record Roller Coaster mengunakan landasan besi tertinggi di dunia dan pernah menjadi Roller Coaster terlaju di dunia. Ketinggian nya mencecah 139 meter, kelajuannya 206km sejam, melakukan junaman dari ketinggan 129 meter. King Da di buka pada tahun 2005 dan masih di buka sehingga sekarang.

2. Fury 325




Fury 325 berada di taman tema Carowinds amusement park di Charlotte, North Carolina Roller Coaster ini baru dilancarkan pada 28 march 2015 mempunyai ketinggian 99 meter, melakukan junaman dari ketinggian 98 meter, kelajuan mencecah 153km sejam dan mengekalkan kelajuan semasa melakukan lencongan.

3.Colossos



Colossos ialah Roller Coaster kayu yang  berada di taman tema Heide Park di Soltau, Lower Saxony, Germany. Colossos memegang rekod Roller Coaster menggunakan landasan kayu paling tinggi di dunia mempunyai ketinggian 59.98 meter, melakukan junaman dari ketinggian 48.49 meter dan mempunyai kelajuan 110.1 km sejam. Di buka pada tahun 2009.

4. Formula Rossa




Formula Rossa  berada di taman tema Ferrari World di Abu Dhabi, United Arab Emirates. Formula Rossa memegang gelaran Roller Coaster terlaju di Dunia berjaya menewaskan King Da. Mempunyai ketinggian setinggi 52 meter, Junaman setinggi 51.5 meter dan kelajuan 239 km sejam. Kalau termuntah tu memang perkara biasa la. Di buka pada tahun 2010.

5.T Express




T Express adalah roller coaster kayu terletak di taman tema Everland di Yongin, South Korea. T Express pernah mendapat ranking landasan kayu yang terbaik di dunia. Mempunyai ketinggian 56 meter, Junaman setinggi 46 meter, dan kelajuan 104 km sejam. Dibuka pada tahun 2008

Admin dah list 5 Roller Coaster yang korang patut cuba. So apa tunggu lagi.. lets go.

 

1 14115

Melancong ke luar negara menjadi impian untuk semua orang, tapi masalahnya adalah kewangan betul tak ? Jadi Admin memilih Thailand kerana dengan pemandangan alamnya yang memukau selalu menjadi daya tarik tersendiri di hati para travelers, lagi pun kerana nilai mata wang hampir sama tetapi kegunaan wangnya lebih murah di sesetengah kawasan.

Thailand juga mempunyai tempat pelancongan yang berbeza dari Malaysia dari segi budaya. Selain itu, tiket penerbangan juga tidak lah begitu mahal. Admin akan list kan tempat percutian yang korang boleh melakukan pelbagai aktiviti selain daripada Shopping. Kalau nak shopping KL pun ada, downtown uptown banyak lagi murah. Betul tak ? jom tgk Tempat Pelancongan Murah dan Menarik Di Thailand..

1. KO SAMUI


pulau-koh-samui-thailand
Ko Samui adalah sebuah pulau yang terletak di Teluk Thailand. Ianya menjadi pilihan pelancong kerana kecantikan pulaunya. Kalau nak pergi ke pulau ni you all boleh pilih samada nak menaiki bot atau kapal terbang. Koh Samui terkenal dengan keindahan pantai dan pulaunya. Lautnya tenang dan mendamaikan hati.
Ada banyak juga tempat menarik sepanjang perjalanan, air terjun, trek gajah dan tiger and sea lion show.

Dapatkan hotel-hotel murah di Koh Samui melalui Agoda Siputhijau.com sehingga 65% diskaun. Klik disini

2. PHUKET



Phuket juga terkenal dengan nama ‘mutiara dari Selatan’. Apabila anda sampai ke sini, anda perlu melawat restoran-restoran yang terdapat di sekitar Phuket yang disajikan dengan pilihan makanan yang terbaik dari masakan Thailand.¬†Dari segi geologi,¬†Phuket merupakan pulau terbesar di Thailand dan mungkin yang paling terkenal. Ia adalah destinasi popular untuk pelancong kerana mempunyai banyak resort mewah, pantai yang indah, bar, restoran, dan pelbagai aktiviti.

3. KRABI



Krabi di Thailand juga merupakan antara tempat percutian pilihan ramai walaupun agak mahal berbanding tempat-tempat lain di Thailand. Pulau Krabi yang sememangnya cantik, memang sesuai untuk dijadikan tempat untuk mencari ketenangan.  Tempat ini merupakan tempat yang sangat indah untuk dikunjungi.

Ada lebih 623 hotel yang menawarkan diskaun hebat. Klik disini sekarang untuk mendapatkan diskaun hebat ini.

4. Pattaya



Ada banyak tempat yang boleh dinikmati di Thailand terutamanya di Pattaya, yang merupakan salah satu tempat percutian yang popular di negara tersebut. Beberapa tempat yang menarik di Pattaya antaranya Nong Nooch, Floating Market, Dinasour Land, Teddy Land, Budha Mountain dan pelbagai lagi. Pantai di Pattaya juga tidak kurang cantiknya.

Hotel-hotel di Pattaya mmg perlu di booking lebih awal, jika tidak anda akan di cekek nanti.. booking sekarang di sini.. 

 

5. Hatyai


Hatyai merupakan bandar terbesar di daerah Songkla, apa yang berbezakan Hatyai dengan yang lain ? tidak banyak sebenarnya, Hatyai sama seperti Krabi tetapi lebih kepada kebudayaan dan tempat keagamaan. Antara tempat yang jadi tarikan adalah Hatyai Floating Market, Hatyai Municipal Park, Hatyai Cable Car, Wat Hat Yai Nai, Hatyai Ice Dome, Muziam 3D dan banyak lagi.

Dapatkan hotel-hotel di Hatyai dengan diskaun menarik.. murah berbanding anda walking terjah terus.. booking sekarang..

 

0 1232

Assalamualaikum, dah salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca SiputHijau. Lama tak update web ni sebab sebok sikit dengan urusan lain.. ada yang mintak dekat Admin list kan hotel hotel yang berpatutan dekat Bali Indonesia. Maklum la cuti sekolah dah nak dekat, mungkin ada yang nak mula saving duit sikit untuk bercuti kan. Harga Hotel Terbaik Di Bali Bawah RM100 khas untuk percutian budget

Jadi Admin akan listkan nama hotel yang selesa, mesra alam dan berpatutan untuk kunjungan korang sekeluarga.

1. POP! Hotel Nusa Dua


Review:
1. Harga yang sangat berpatutan untuk budget hotel sebegini – Ada Wifi – Sarapan pagi yang menyelerakan.
2. Mudah untuk dapat Teksi.
3. – Kualiti Katil 4/5 – Kawasan 3/5 – Bilik 4/5

Tempah hotel POP ini dengan harga diskaun disini. 

 

2. Keramas Surf Camp

Keramas Surf Camp terletak di Keramas, Bali.  Khas kepada penggemar Surfing.. Berdekatan dengan laut.. Memang cantik. Lanskap berlatarbelakangkan suasana desa dengan bendang luas terbentang.. Yang paling penting, lokasi tempat ini cukup strategi untuk akses ke mana jua di Negeri Bali ini.

Hotel ini nampak aje macam ni, tetapi servis dan kemudahan cukup memuaskan. Ada wifi percuma setiap bilik, ada aircond, beranda/teres, pancuran, kawasan santai, kemudahan pengangkutan dari airport, restoran berkelas 5 bintang, kemudahan kereta sewa dan banyak lagi..

keramasbalihotel

keramasbali-hotel-itik keramas-bali-hotel-bilik7 keramas-bali-hotel-6 keramas-bali-hotel-5 keramas-bali-hotel-4 keramas-bali-hotel-bilik6 keramas-bali-hotel-3 keramas-bali-hotel-2 keramas-bali-hotel-bilik5 keramas-bali-hotel-bilik4 keramas-bali-hotel-bilik3 keramas-bali-hotel-bilik2 keramas-bali-hotel-bilik

 

0 988
Gempa Bumi Terbaru Di Chile 8,3 Skala Richter


Gempa Bumi Terbaru Di Chile 8,3 Skala Richter menggegarkan wilayah Chile, menyebabkan sejumlah bangunan di ibu kota Santiago bergegar, Rabu (16/9/2015).

Pusat berlakunya gempa bumi terletak kira-kira 232 kilometer dari Santiago. Laporan awal Badan Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkaitan gempa ini adalah 7.9 SR, namun setelah disemak semula menjadi 8.3 SR.

Beberapa gempa susulan dilaporkan berlaku tidak lama selepas gempa pertama.

“Gempa 8.3 SR mengegaran Chile, merisaukan tsunami mengancam,” lapor Pusat Amaran Tsunami Pasifik, seperti dikutip AFP.

Peringatan tsunami juga dikeluarkan untuk wilayah Peru dan Hawaii, supaya lebih berhati-hati dan bersiap sedia.

Menurut laporan wartawan BBC, getaran gempa 8.3 SR juga dirasakan di beberapa wilayah Argentina seperti Mendoza dan ibu kota Buenos Aires.

Latest Articles

0 40
Banyak bertanya Bersyukurlah kalau anak anda jenis suka bertanya banyak soalan. Jangan cepat herdik atau menyuruhnya diam. Layankan sahaja soalan daripadanya. Sebenarnye anak anda...