Authors Posts by admin

admin

186 POSTS 48 COMMENTS
Owner inter4web.com. Online Businessman.

0 1796

Pau Melayu Tanjung Malim dah Kena Beratur kalau nak beli pau situ. Terletak berhadapan bangunan telekom tanjung malim tengah bandar tanjung malim. Hanya dengan dengan berbasikal beca yang agak antik dah.. berpayung besar saiz gerai.. pakcik tu pun dah nampak agak tua juga .. tapi pengunjung dia agak ramai sekarang.. tahniah.. dulu saya nak beli pau situ, senang aje, parking kat tempat tunggu bas tu dan beli terus..

telekom-tanjung-malim
Terletak depan ibusawat telefon Tanjong Malim
kueh-pau-tanjung-malim
Dulu tidak ramai pun.. senang aje nak beli.. pakcik tu seorang aje situ.. xde pembantu..

Setelah TV3 buat siaran berkaitan daerah baru Perak, daerah Mualim, TV3 ada buat laporan berkaitan Tanjung Malim termasuklah kedai Kueh Pau Melayu tanjung Malim ni..  ok kat bawah ni ni ada skit sedutan Majalah 3.

Lepas tu.. segalanya dah berubah dah.. pakcik Kueh Pau tu mungkin dah bertukar wajah sekarang. Mungkin Pakcik tu penat dah skit sebab orang beratur panjang tak sempat nak berehat.. tapi mungkin seronok la kot sebab hari-hari stok abis.

 

img_1581
img_1577

0 547

image-lee-chong-wei

RIO DE JANEIRO 11 Ogos – Datuk Lee Chong Wei Menang Mudah menentang Soren Opti dari Surinam sebentar tadi pada perlawanan pertama beliau pada temasya Sukan Olimpik 2016.
Turun selaku pilihan utama kejohanan, Chong Wei hanya memerlukan 19 minit untuk menewaskan wakil Surinam, Soren Opti 21-2, 21-3.
Pemenang dua pingat perak Sukan Olimpik itu akan berdepan wakil Singapura, Derek Wong dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan esok.

0 520

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lalu yang tidak membenarkan umat Islam di negara ini bermain aplikasi Pokemon Go atas pelbagai faktor termasuk membawa kepada kemudaratan.

Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan tersebut selari dengan pandangan hukum oleh negara-negara Islam lain termasuk Arab Saudi yang telah mengharamkan permainan Pokemon Go kerana boleh mengancam keselamatan sehingga meragut nyawa.

pokemon-go-screenshots-2.0

 

“Permainan ini juga nyata mendatangkan kesan yang negatif kepada golongan kanak-kanak dan remaja,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook Jakim di sini semalam.

Justeru itu, Othman berkata, pihaknya menyeru umat Islam di negara ini agar menghindarkan diri daripada terjebak dengan permainan Pokemon Go.

“Saranan ini juga selaras dengan kaedah syarak Saddu Al-Zara’i iaitu kita perlu mencegah atau menyekat jalan yang boleh membawa kepada kerosakan dan kemudaratan kepada diri kita,” jelas beliau.

Permainan Pokemon Go yang menjadi fenome­na dunia semakin hangat diperkatakan di Malaysia selepas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan Me­syuarat Jawatankuasa Perundingan­ Hukum Syarak Wilayah Per­sekutuan memutuskan permainan tersebut haram.

ps – Rasenya kalau main berpada-pada.. jangan lupa solat.. rasanya tidak menjadi sampai haram kot..

0 13003

Anda pernah sampai Sungkai Perak? Sungkai terletak di sebelah selatan Negeri Perak. Kalau dari Kuala Lumpur tu selepas Tanjung Malim, Slim River dan seterusnya Sungkai lah. Sungkai menjadi tumpuan ramai pengunjung sejak adanya Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai. Terutamanya pada waktu cuti sekolah dan cuti-cuti sabtu ahad. Mula la penuh taman rekreasi tu. Anda mungkin juga akan berkunjung ke Sungkai sebab ada kenduri kahwin kot.. atau mungkin anda melewati kawasan sungkai untuk lari dari kesesakan teruk lebuhraya utara selatan terutama waktu cuti-cuti besar macam hari raya dan hari raya cina. Anda mungkin tertanya, dimana tempat makan sedap di Sungkai ? Mana tempat makan best di Sungkai, Perak ni?

1. Mus Tomyam

Terletak di jalan besar Sungkai. Waktu operasi hanya di siang hari dari kul 10 pagi sehingga 3 petang setiap hari kecuali hari Ahad. Apa yang istimewa disini? mestilah sup burung unta 🙂 dan nasi ayam. Secara peribadi saya paling menggemari Nasi ayam di Mus Tomyam. Kelainannya adalah pada nasinya itu. Rasa nasi nya sahaja dah sedap dan apabila makan bersama ayamnya terus lebih nikmat lain macam.. hehe.. saya suka bungkus aje nasi ayam dan makan di rumah sbb boleh makan dengan kicap ABC di rumah . perh..

mus-tomyam-sungkai
nasi goreng ayam
mus-tomyam-burung-unta-sungkai
sup daging burung unta disediakan hanya pada hari Rabu sahaja

mus-tomyam-sungkai-burung-unta mus-tomyam-sungkai-2 mus-tomyam-sungkai-siputhijau

 

 

 

Lokasi StreetView Mus Tomyam

Terletak di depan Petronas Sungkai

mus-tomyam-dekat-petronas

mus-tomyam-street-view
terletak betul-betul di tepi jalan berhadapan dengan Petronal Sungkai

Ingat.. jangan datang waktu malam, sebab Mus Tomyam hanya buka pada waktu siang sahaja..

Book hotel dan homestay murah di Agoda siputhijau.com, diskaun sehingga 65% . Klik disini

 2. Sarapan di Warung Nam Cheng

Jika anda inginkan kelainan sebelah pagi.. bersarapan lah di warung Nam Cheng.  Menyediakan sarapan pagi ala Kelantan seperti Nasi Kerabu, nasi dagang, laksam dan juga nasi lemak. Disamping itu warung ini menyediakan pelbagai jenis kuih-muih dan lauk pauk lain. Terletak di bulatan pekan Sungkai. Lihat peta dibawah.
image

image
image

 

 

Untuk lebih nampak jelas anda boleh lihat streetview berikut..

 

 

 

 

3. Nasi Buluh atau Nasi Bamboo Sg Klah, Sungkai, Perak

Rasanya tempat ni paling femes kat area Sungkai ni. Sejak masuk kat Majalah3 hari tu, orang berpusu makan sini. Terutamanya pada hujung-hujung minggu. Parking kereta punya la jauh dan terpaksa menapak ke warung Nasi Bamboo ni. Silap-silap nak duduk makan pun kena menunggu.

Dari segi makanan dan lauk pauk dia, bagi saya memang sedap terutama penggemar masakan nasi kukus dan ayam kampung. Tarikan utama untuk ke warung ni adalah Nasi Buluh atau Nasi Bamboo.

 

nasi-bamboo-sg-klah-sungkai

 

nasi-bamboo-sg-klah-sungkai-makanan

 

nasi-bamboo-sg-klah

 

nasi-bamboo

 

Nak tau lokasi dimana? ok dibawah ada peta ke Restoran Nasi Bambo Sg Klah Sungkai

 

 

ps – ok.. mungkin ada lagi tempat makan menarik di sungkai ni .. jika ada tempat  makan yang best di sungkai harap dapat berkongsi dengan saya.. boleh komen dikotak dibawah ni.

Book hotel dan homestay murah di Agoda siputhijau.com, diskaun sehingga 65% . Klik disini

 

 

2 3055

Keputusan SPM baru aje keluar 3 Mac 2015. Pasti ada yang gembira dan tidak kurang juga ada yang kurang gembira dengan keputusan yang keluar baru-baru ini. Berikut adalah jadual tarikh-tarikh penting untuk pelajar-pelajar bagi memohon kemasukkan ke IPTA untuk sesi 2015/2016.
Sumber daripada IPTA tentang Permohonan Kemasukan ke IPTA 2015/2016
√ 18 Jan 2015 – Iklan Permohonan Dlm Akhbar Tempatan
√ 19 Jan 2015 – Pembelian No Pin & Permohonan Kemasukan
√ 6 April 2015 – Tarikh tutup permohonan

 

Permohonan online upu ( upu.mohe.gov.my )

• FASA 1: 19/1/2015 – 6/4/2015
• FASA 2: 3/6/2015 – 9/6/2015
• Semakan minggu temuduga: 21/5/2015 – 6/62015
• Hebahan keputusan: 11/8/2015
• Pendaftaran: 1/9/2015

isi-borang-upu-online

Cara isi borang online upu:
Bilangan program ade 12. Wajib isi 4.

1. Untuk program yg ade temuduga:
– Bagi research university (RU), isi pilihan 1-2.
– Bagi IPTA biasa, isi pilihan 5-6.

2. Bagi program yg tiada temuduga:
– RU pilihan no 1-4
– IPTA 5-6

Boleh kemaskini tiga kali termasuk yg fasa 2. Sila pastikan ade lagi peluang utk kemaskini semasa FASA 2 sbb mse tu kite buleh ikut kesesuaian result kite.

**Jgn isi pngk dan kaum semasa isi borang online. Sbb bende tu dah selaras sendiri dgn jpn.

0 1031

Ramai yang berjaya dalam SPM 2014. Bagi mereka yang rasa keputusan mereka cemerlang, boleh lah fikirkan untuk memohon biasiswa bagi menampung perbelanjaan di univerisiti kelak. Tidak perlu lagi memohon PTPTN yang kelak perlu kita bayar semula selepas habis belajar nanti.

Berikut adalah senarai biasiswa lepasan SPM 2014.

Biasiswa Tun Rahah
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/08/mas

cter-degree-scholarship-tun-rahah.html#axzz2wTejXdXf

PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/11/petronas-education-sponsorship.html

Uplands Sixth-Form International Education Scholarship 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/…/uplands-internati…

Kuok Foundation Scholarship for Malaysia Polytechnics 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/…/biasiswa-kuok-fou…

MNRB Scholarship Fund 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/…/mnrb-scholarship-…

Yayasan Pelajaran MARA JAD-MJHEP Scholarship 2014/2019
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/…/biasiswa-mara-lua…

PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/…/petronas-educatio…

SHELL Malaysia Scholarship (Undergraduate) 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/…/shell-scholarship…

UC College of Engineering Malaysia Scholarships 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/…/engineering-malay…

Maybank Foundation Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/…/biasiswa-maybank-…

Securities Commission Malaysia (SC) Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/…/biasiswa-sc-sekur…

Astro Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/…/biasiswa-astro-sc…

Karangkraf Education Fund
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/…/biasiswa-karangkr…

KPM MyBrainSc Scholars
hip Scheme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/…/kpt-mybrainsc-sch…

Khazanah Nasional
http://www.khazanah.com.my/scholarship2.htm

PNB
http://www.pnb.com.my/aset_m.php#edu_csr

Sime Darby
http://www.yayasansimedarby.com/1008230434%C2%BBMalaysia.as…

Bank Negara Malaysia
http://www.bnm.gov.my/index.php…

 

 

0 1185

Keputusan penuh AFC 2015 Kumpulan F

JDT (Malaysia) 4
East Bengal (India) 1

Bojan Hodak membariskan pemain-pemain tempatan ternyata berbaloi apabila rangkaian serangan JDT menemui rentak jaringan sekaligus membenam cabaran pasukan naib juara Liga India , East Bengal dengan jaringan 4-1. Rekod kubu kebal Larkin terus gah dengan kecemerlangan skuad Harimau Selatan itu mengawal permainan dan menggembirakan puluhan ribu penonton yang hadir di stadium . Gol-gold JDT dihasilkan Nazrin Nawi , Safiq , Safee dan S Chanturu. Sokongan padu penyokong tuan rumah yang  turut memainkan peranan membakar semangat pasukan tuan rumah menghasilkan kemenangan di bumi sendiri. Dan gol yang paling mengujakan pastinya sepakan gunting “bicycle kick” yang dihasilkan Safee Sali untuk gol ke- 4 JDT ! Gol tercantik perlawanan.

Syabas JDT !!! Kemenangan yang turut mengharumkan nama negara di pentas bolasepak Asia. – harimaumalaya

Jom tengok video-video gol pada perlawanan tersebut:

GOL PERTAMA JDT

GOL PERTAMA EAST BENGAL

GOL KEDUA JDT

GOL KETIGA JDT

GOL KEEMPAT JDT

0 1851

Parking Bertingkat di Hotel Premiera Kuala Lumpur. Mungkin ada yang pernah lihat parking di hotel premiera ni. Cuma saya nak share skit aje. Tempat letak kereta disini agak unik dengan parking bertingkatnya. Apa sebenarnya tujuan dia buat parking seperti ini. Adakah untuk memastikan semua tetamu hotel ini mempunyai parking walaupun terpaksa parking di atas kereta orang lain..? bagaimana jika kereta diatas nak keluar dulu pada belah pagi itu? .. mungkin pihak hotel kena hubungi tuan punya kereta dibawah untuk alihkan keretanya terlebih dahulu sebab kereta atas nak keluar..

hotel-premiera-parking-kereta-siputhijau

hotel-premiera-parking-kereta-2-siputhijau.com

 

kalau boleh baca instruction kat bawah ni mungkin anda faham bagaimana ianya berfungsi:

hotel-premiera-parking-kereta-info1-siputhijau.com

hotel-premiera-parking-kereta-info2-siputhijau.com

 

Untuk harga terbaik tempahan bilik di Hotel Premiera, saya cadangkan menggunakan agoda.com melalui web siputhijau.com. Klik disini. Kadang-kadang diskaun sehingga 60% jika anda booking melalui web siputhijau.com. Jauh bezanya jika anda terus direct walking disana. Lihat perbezaan harga jika booking secara online dan walk-in.

ps – Agak susah sedikit untuk masuk parking ni.. agak terlalu sempit.. 🙂

0 1097

Lady sedang dilamun cinta. Penyanyi Superstar ini sedang merancang untuk bertunang dengan model dan pelakon Taylor Kinney. Dia berkongsi berita hot ini pada hari Isnin lepas. Satu US malah dunia terkezut..

Taylor-KINNEY-siputhijau

Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang Kinney: Umur 33. (Gaga adalah 28.) Ketinggian 5-kaki-11. Keluarga: Beliau dilahirkan di Lancaster, Penn .. Ibunya adalah seorang doktor gigi dan ayahnya adalah seorang pekerja di bank. Ibu bapanya bercerai ketika dia masih kecil, dia dan 3 orang adik-beradiknya telah dibesarkan oleh ibunya. Taylor jatuh daripada West Virginia University dan berpindah ke Hawaii untuk bekerja sebagai tukang kayu ketika usia anaknya. Beliau jatuh cinta dengan melayari. Beliau juga suka melukis.

Taylor telah dibuang dari West Virginia University dan telah berpindah ke Hawaii dan bekerja sebagai tukang kayu. Di Hawaii Taylor jatuh cinta dengan sukan luncur, surfing la tu.. patut badan dia ni sasa.. sado.. dan juga meminati bidang seni lukis..

Dunia lakonan: Beliau telah muncul di beberapa rancangan TV termasuk CSI: New York, Shameless dan Castle dan dalam filem The Other Woman. Dia bermain werewolf Mason Lockwood pada Vampire Diairies CW dari 2010-2011.

Di Zero Dark Thirty, beliau memainkan watak Tentera Laut AS Seal. Dan, beliau telah memegang watak Kelly Severide di NBC’s Chicago Fire sejak 2012.

 

Di USA TODAY Taylor menyatakan dirinya sebagai “Seorang yang kuat minum, blue collar, Seorang yang rajin” seorang yang gagah berani pada dalam skuad penyelamat Elit pada siri Chicago Firehouse 51.

Dia banyak berlakon di Chicago tetapi tinggal di Los Angeles. Walaupn banyak duit tapi dia sayangkan rumahnya di Los Angeles.

taylor-Lady-Gaga

taylor-lady-gaga-2

1 5183

Hotel Premiera Kuala Lumpur Berdekatan dengan SOGO. Shopping di SOGO Kuala lumpur memang menjadi sasaran tempat shopping setiap kali ada sales. SOGO ni memang rajin buat sales.. kadang-kadang sales khas untuk member sahaja. Hanya member yang mempunyai kad sahaja dibenarkan masuk. Itu pun penuh sesak pasaraya tu dibuatnya. Member SOGO ni ada yang kena beratur panjang di luar pintu SOGO tunggu giliran untuk masuk. Rasanya member SOGO satu Malaysia turun kalau ada event macam ni. Dan satu lagi event setiap tahun SOGO ni.. seperti biasa Year End Sales (YES). Turut menjadi tumpuan mereka yang meminati barangan berjenama ke SOGO, termasuklah isteri kesayangan aku ni.. dan seperti biasa aku perlu mencari hotel berdekatan SOGO .. yang paling dekat dengan SOGO adalah Hotel Premiera Kuala Lumpur. Hanya selang 1 bangunan Komplek Pertama sahaja.

pintumasuk-premiera-hotelPremiera-Hotel-front-view

Booking Hotel Premiera disini.. diskaun sehingga 60% jika anda booking melalui web siputhijau.com

SOGO hanya selang 1 bangunan Komplek Pertama sahaja. Turun aje dari hotel, menapak dalam 100 meter dah sampai ke SOGO.

peta-sogo-premiera-hotel

 

Ni gambaran dari google street untuk kedudukan paling jelas :


Hotel Premiera Kuala Lumpur antara hotel sekitar SOGO yang paling best untuk di ‘check-in’. Hotel Premiera ni adalah hotel baru di area SOGO ni. Berstatus 4 bintang. Semua kelengkapan hotel seperti katil, TV, bilik air dan carpet adalah baru, cantik dan bersih. Tiptop semua. Bilik dia cukup cantik

premiera-hotel-bilik

 

Ruang menunggu lif utk naik ke bilik.
Ruang menunggu lif untuk naik ke bilik.

Coffee house juga cantik dan bersih. Sarapan pagi menyediakan banyak pilihan makanan seperti dimsum, sup cendawan, nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, sandwich, roti bakar dan banyak lagi. Memang banyak. Sesuai lah dengan statusnya 4 bintang tu.

breakfirst-premiera-hotel

 

Untuk harga terbaik tempahan bilik di Hotel Premiera, saya cadangkan menggunakan agoda.com melalui web siputhijau.com. Klik disini. Kadang-kadang diskaun sehingga 60% jika anda booking melalui web siputhijau.com. Jauh bezanya jika anda terus direct walk-in disana.

Contoh carian harga Hotel Premiera menggunakan agoda melalui siputhijau.com:

premiera-hotel-booking-siputhijau.com

 

Beza harga jika anda walk-in untuk check-in:

resit-walking-checkin-hotel-premiera
Harga RM323.30 .. termasuk breakfirst

Nampak tak beza RM100 tu booking online dan walking. Cukup murah jika booking secara online ni. Dan juga mudah dan cepat.

Alamat dan nombor telefon Hotel Premiera :

alamat-penuh-premiera-hotel

 

 Klik disini. Kadang-kadang diskaun sehingga 60% jika anda booking melalui web siputhijau.com.

0 633

Luar biasanya seorang ayah.. Betapa seorang ayah sanggup buat apa sahaja demi memberi kebahagian kepada anak kesayangannya. Seorang ayah sanggup bekerja apa sahaja semata-mata mencari rezeki untuk keluarga. Seorang ayah sanggup ceria dan gembira di depan anak nya.. bila tengok video ni rasa touching pun ada. Kasih seorang ayah..

 

Ps – video ni dah lama .. saja nak kongsi semula dan buat simpanan di blog ni.

0 815

Tahniah kepada Harimau Muda U22 kerana menjuarai BANGABANDHU GOLD CUP 2015  dengan jaringan 3 -2. Gol saat akhir minit 90 memberikan keputusan muktamad kemenangan malaysia. Bangladesh agak kuat juga pasukan mereka ni.. Bangladesh telah ke final setelah mengalahkan Thailand 1-0, dengan Thailand pun diorang boleh makan. Manakala Malaysia telah sampai ke final setelah mengalahkan singapore. Free Kick Nazirul Naim memang terbaik disusuli Gol Kumaran . Rekod tanpa kalah mereka disana memberi petanda baik kepada pasukan Malaysia untuk menghadapi perlawanan akan datang. Berikut adalah (video) Final Bangladesh vs Malaysia U22 full highlights BANGABANDHU GOLD CUP 2015 :

 

ps- Apa komen anda permainan Malaysia kali ini.?

Latest Articles

0 65
Semua orang boleh berniaga tapi tak semua orang tahu ‘closing sale’. ‘Closing sale’ adalah satu strategi perniagaan bagi memastikan perniagaan kita akan mendapat sambutan...