Virus zika semakin dikenali ramai dan menjadi sebutan. Virus ini dikatakan telah menyerang lebih 30 wilayah di seluruh dunia dan berkemungkinan akan terus tersebar di banyak tempat lagi. Virus ini berbahaya untuk ibu mengandung. Kesan dari virus ini akan menyebabkan bayi yang dikandungkan tidak normal , gugur atau mempunyai saiz kepala yang kecil dari badan.
Organisasi Kesihatan Dunia(WHO) telah mengkategorikan penyakit ini sebagai merbahaya dan mematikan . Penyebaran virus ini sangat cepat dan sangat mengancam keselamatan. Antara fakta-fakta zika adalah :
1- tersebar melalui gigitan nyamuk
Individu yang mempunyai virus zika dan digigit nyamuk Aedes , sekiranya nyamuk itu menggigit individu lain , virus itu akan tersebar pada individu berkenaan.
2- tersebar melalui hubungan intim
Jika individu itu mempunyai virus zika dan melakukan hubungan intim tanpa alat pelindung dengan pasangan , maka pasangannya itu berisiko dijangkiti virus zika juga.
3- mengalami beberapa gejala di bahagian tubuh
Beberapa gejala di tubuh yang dapat dirasa individu berkenaan adalah sakit kepala, demam, lenguh otot, sakit sendi, ruam di permukaan kulit dan kekejangan. Gejala ini berterusan 2-7 hari . Individu disarankan segara bertemu doktor untuk memeriksa dan memastikan penyakit yang dialami.
4- belum ada vaksin
Sehingga sekarang , virus zika ini belum menemui vaksin atau penawar yang sesuai. Peneliti dunia sedang berusaha untuk menghasilkan vaksin virus zika. Anda disarankan agar tidak bercuti ke tempat yang mempunyai bilangan virus zika yang tinggi dan anda juga dinasihatkan agar memakai pakaian yang tertutup seperti seluar panjang dan baju lengan panjang. Ini adalah untuk mencegah dari terkena gigitan nyamuk pembawa virus zika.
5- mempengaruhi bayi dalam kandungan
Sekiranya ibu hamil terkena virus zika , kesan akan terkena pada bayi dalam kandungannya . Bayi berisiko terkena penyakit microcephaly (kepala kecil), yang menyebabkan bayi berkenaan mempunyai mental yang slow dan tidak boleh hidup normal seperti bayi lain.

6- mempunyai nama pertama ZIKV
Virus ini mempunyai nama pertama ZIKV yang ditemui di salah satu hutan yang bernama Zika di Uganda 1947. Virus ini tersebar ke Asia dan Afrika pada tahun 1951 hingga 1981. Namun pada tahun 2007 virus ini mula mempunyai pengaruh 73%. Pada tahun 2014 virus ini masuk ke Amerika Latin dan sekarang ia mula tersebar ke Indonesia , Malaysia dan Singapura.
7- mencegah dengan cara memusnahkan pembiakan nyamuk
Cegah virus ini dengan cara memusnahkan tempat pembiakan nyamuk seperti takunagn air di pasu bunga , toilet dan banyak lagi . Selain itu sediakan alat penyembur nyamuk di rumah . Tetapi jangan sembur terlalu banyak kerana ia berisiko untuk kesihatan.