5 Makanan Yang Boleh Mengurangkan Kadar Kolesterol

Mungkin ada segelintir dari pada pembaca SiputHijau mempunyai masalah Kolestrol tinggi, Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid), Kolesterol tinggi adalah berpunca dari pemakanan. Ialah sesetengah orang tak kesah asal sedap diorang bedal la makanan tu, sebab mereka beranggapan yang ia dapat disembuhkan dengan memakan ubat, ia salah sama sekali.

Nak kurangkan Kolesterol ni tak perlu makan ubat pun takpe sebenarnya. Korang hanya perlu menjaga pemakanan korang, maksudnya korang kena lah ubah pola makanan dan menjadikan ia lebih aktif untuk kesihatan jantung korang. Beberapa tips sederhana ini dapat membantu korang menjaga kadar kolesterol.

Kolesterol Baik dan Kolesterol Buruk


Bukan manusia je ada baik buruk, Kolesterol pun ada baik buruk. Lemak dan kolesterol yang berada dalam makanan kita, yang membuat kenaikan tingkat kolesterol LDL (LDL- “Buruk”) Kolesterol LDL dapat menyebabkan plak berkumpul di arteri, yang akan menyebabkan sakit jantung. Disisi lain, kolesterol HDL (HDL- “baik”), membantu membersihkan kolesterol “buruk” dari darah kita. Kita seharusnya menurunkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL, dan ini bermula dengan cara permakanan kita.

Jadi Admin meletakkan 5 makanan yang boleh mengurangkan kadar Kolesterol korang.

1. Oats

Terdapat banyak bukti yang kukuh bahawa makan Oats boleh tolong menjaga kestabilan paras Kolesterol, Oats bran ataupun Oatsmeal mempunyai kadar fiber yang tinggi yang boleh membantu mengurangkan LDL yang buruk di dalam badan dan menambah (HDL)

2. Kacang

Kacang, kacang adalah makanan yang bagus, sesiapa yang mempunyai penyakit gaut mohon elakkan la. Kacang boleh menonlong anda diet, makan kacang setiap hari bukan sahaja dapat menurunkan Kolesterol malahan dapat menjauhkan diri daripada terkena sakit jantung. Kacang kaya dengan fibre dan antioksidan yang bagus untuk kesihatan jantung. Korang hanya perlu memastikan kacang ini tidak di campurkan dengan gula ataupun garam.

3. Apel

Apel, pepatah mengatakan An Apple A Day Keep The Doctor Away, kajian mengatakan bahawa sesiapa yang makan apel dalam masa 4 minggu dapat menurunkan 40% kolesterol buruk yang berada dalam saluran darah. Jadi Apel adalah salah satu buah yang bagus dan berkesan untuk menurunkan Kolesterol.

4. Ikan

Dimaklumkan bahawa ikan berlemak lebih bagus untuk kesihatan jantung kerana mempunya lebihan Omega-3, asid lemak ikan boleh mengurangkan tekanan darah dan boleh mengelakkan darah beku. Orang yang mempunyai sakit jantung digalakkan menggabil fish oil kerana ia boleh mengurangkan risiko mati terkejut. Contoh ikan yang memepunyai paras omega-3 acid berlemak adalah salmon dan tuna.

5. Soya

Paling popular sekali untuk mengurangkan kolesterol ialah soya, soya mempunya Insoflavones dan fiber. Apa itu insoflavones ? Ni haa rujukan Insoflavones, Insoflavones berfungsi di hormon manusia yang boleh mengurangkan Kolesterol buruk  dan menambah Kolesterol Baik. Soya protein termasuk la di dalam Tafu, Tempeh, susu soya, tepung soya dan sebagainya yang berkaitan dengan soya. Pusat kesihatan mengatakan sekurang-kurangnya mengambil 25 gram soya protein setiap hari.

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge