6 Cara Untuk Merawat Penyakit Gastrik

Gastrik, Alhamdullilah la Admin tak pernah kena, tapi ada yang bagi tahu kalau kena gastrik sakit dia sampai nak berjalan pun tak boleh. Ada member seminggu teperap dekat rumah, makan je muntah semua tak kena. Selalunya orang yang kena gastrik ni adalah orang yang tahan perut, tak makan ikut waktu dan banyak lagi la.

Apakah simptom yang dialami pesakit gastrik?

Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.

Ini adalah tips ringkas, sebelum mejadi lebih teruk, korang boleh cuba sebab memang membantu, cool down kan sakit korang, kalau tak ada kesan yang positif Admin sayarankan pergi hospital.

1. Minum susu. 
Susu adalah peneutral terbaik kepada lapisan perut kita yang berasid. Susu boleh membantu meneutralkan asid dalam perut dengan cepat. Ada juga yang mengamalkan susu pekat manis untuk melegakan gastrik, namun susu pekat manis  mengandungi krimer bukan tenusu dan pemanis tambahan yang mungkin tidak sesuai bagi sesetengah orang.

2. Makan pisang.

Pisang adalah salah satu buah-buahan yang berPH tinggi (beralkali) dan boleh membantu meneutralkan asid dan menghasilkan mukus yang boleh melindungi dinding perut daripada asid dalam perut.

3. Menggigit bunga cengkih.

Menggigit bunga cengkih merangsang penghasilan air liur yang boleh membantu penghadaman. Dengan membiarkan seketika di dalam mulut, akan membantu memberi kelegaan kepada pesakit gastrik.

4. Minum air halia

Air rebusan halia  atau  air rendaman halia yang ditumbuk boleh membantu pesakit gastrik membuang angin yang menyebabkan perut merasa tidak selesa dan kembung. Amat mujarab untuk membuang angin  serta merta dan membantu melegakan gastrik dan pedih ulu hati.

5. Makan bawang putih bakar

Bakar sebiji bawang putih bersama kulitnya selama 1-2 minit, kemudian buang kulit dan basuhkan sedikit bahagian hitamnya dan kunyah begitu saja. InsyaaAllah, berkesan walaupun agak tidak sedap rasanya. Bawang putih memang membantu melawaskan dan membuang angin akibat gastrik.

6. Minum air bersama habbatus sauda’

Jika anda mempunyai habbatus sauda’, bolehlah mencampurkan sedikit serbuk habbatus sauda’ ke dalam air minuman anda. Bagi saya, saya memang menyimpan  minyak habbatus sauda’ di rumah dan beberapa titik minyak habbatus sauda dicampur ke dalam minuman boleh membantu memberi kelegaan segera bagi sebarang sakit perut termasuklah gastrik, pedih ulu hati atau cirit birit.

Rasullullah SAW pernah bersabda:
“Tetaplah dengan Habbatus Sauda’ kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat segala penyakit kecuali Mati “

(hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Harap 6 tips ini banyak membantu korang sedikit sebanyak meringankan kesakitan gastrik ini. Semoga tabah dan selamat mencuba.

NO COMMENTS

Leave a Reply