Melancong ke luar negara menjadi impian untuk semua orang, tapi masalahnya adalah kewangan betul tak ? Jadi Admin memilih Thailand kerana dengan pemandangan alamnya yang memukau selalu menjadi daya tarik tersendiri di hati para travelers, lagi pun kerana nilai mata wang hampir sama tetapi kegunaan wangnya lebih murah di sesetengah kawasan.

Thailand juga mempunyai tempat pelancongan yang berbeza dari Malaysia dari segi budaya. Selain itu, tiket penerbangan juga tidak lah begitu mahal. Admin akan list kan tempat percutian yang korang boleh melakukan pelbagai aktiviti selain daripada Shopping. Kalau nak shopping KL pun ada, downtown uptown banyak lagi murah. Betul tak ? jom tgk Tempat Pelancongan Murah dan Menarik Di Thailand..

1. KO SAMUI


pulau-koh-samui-thailand
Ko Samui adalah sebuah pulau yang terletak di Teluk Thailand. Ianya menjadi pilihan pelancong kerana kecantikan pulaunya. Kalau nak pergi ke pulau ni you all boleh pilih samada nak menaiki bot atau kapal terbang. Koh Samui terkenal dengan keindahan pantai dan pulaunya. Lautnya tenang dan mendamaikan hati.
Ada banyak juga tempat menarik sepanjang perjalanan, air terjun, trek gajah dan tiger and sea lion show.

Dapatkan hotel-hotel murah di Koh Samui melalui Agoda Siputhijau.com sehingga 65% diskaun. Klik disini

2. PHUKET



Phuket juga terkenal dengan nama ‘mutiara dari Selatan’. Apabila anda sampai ke sini, anda perlu melawat restoran-restoran yang terdapat di sekitar Phuket yang disajikan dengan pilihan makanan yang terbaik dari masakan Thailand. Dari segi geologi, Phuket merupakan pulau terbesar di Thailand dan mungkin yang paling terkenal. Ia adalah destinasi popular untuk pelancong kerana mempunyai banyak resort mewah, pantai yang indah, bar, restoran, dan pelbagai aktiviti.

3. KRABI



Krabi di Thailand juga merupakan antara tempat percutian pilihan ramai walaupun agak mahal berbanding tempat-tempat lain di Thailand. Pulau Krabi yang sememangnya cantik, memang sesuai untuk dijadikan tempat untuk mencari ketenangan.  Tempat ini merupakan tempat yang sangat indah untuk dikunjungi.

Ada lebih 623 hotel yang menawarkan diskaun hebat. Klik disini sekarang untuk mendapatkan diskaun hebat ini.

4. Pattaya



Ada banyak tempat yang boleh dinikmati di Thailand terutamanya di Pattaya, yang merupakan salah satu tempat percutian yang popular di negara tersebut. Beberapa tempat yang menarik di Pattaya antaranya Nong Nooch, Floating Market, Dinasour Land, Teddy Land, Budha Mountain dan pelbagai lagi. Pantai di Pattaya juga tidak kurang cantiknya.

Hotel-hotel di Pattaya mmg perlu di booking lebih awal, jika tidak anda akan di cekek nanti.. booking sekarang di sini.. 

 

5. Hatyai


Hatyai merupakan bandar terbesar di daerah Songkla, apa yang berbezakan Hatyai dengan yang lain ? tidak banyak sebenarnya, Hatyai sama seperti Krabi tetapi lebih kepada kebudayaan dan tempat keagamaan. Antara tempat yang jadi tarikan adalah Hatyai Floating Market, Hatyai Municipal Park, Hatyai Cable Car, Wat Hat Yai Nai, Hatyai Ice Dome, Muziam 3D dan banyak lagi.

Dapatkan hotel-hotel di Hatyai dengan diskaun menarik.. murah berbanding anda walking terjah terus.. booking sekarang..

 

NO COMMENTS

Leave a Reply