5 Sukan Dan Senaman Yang Boleh Di Amalkan Pada Bulan Puasa


Puasa telah pun tiba, selamat berpuasa kepada pembaca-pembaca Web Site Siput Hijau yang menarik lagi menyeronokkan ini, Hihihii. Bila puasa tiba banyak la aktiviti aktiviti riadah dan bersukan tidak dapat di jalankan sebab apa ? Sebab tak larat dan letih.

Kebanyakan daripada kita mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk menumpukan kepada aktiviti-aktiviti berbentuk keagamaan dan memperbanyakkan ibadat dan berehat seketika daripada melakukan aktiviti luar dan lasak.

Tetapi untuk kekalkan kesihatan dan tubuh badan yang sihat pada bulan puasa ini, Admin ada membuat sedikit kajian tentang sukan yang tidak bergitu memenatkan dan tidak membebankan.

Jadi Admin berpendapat ini adalah 5 sukan dan senaman yang boleh di amalkan pasa bulan puasa ini.

1. Berbasikal


Admin merasakan berbasikal adalah sukan yang tidak lah bergitu meletihkan dan membebankan, maksud Admin adalah hanya melakukan Easy Riding, mengayuh basikal di taman dan menikmati cuaca petang adalah sangat seronok, anda boleh enjoy berbasikal untuk memanfaatkan masa petang anda. Terdapat banyak manfaat berbasikal ini. Salah satunya ialah dapat MENGURANGKAN BERAT BADAN, nanti korang boleh la sebat banyak makanan untuk berbuka. Berbasikal boleh meningkatkan penggunaan kalori dan meningkatkan kadar metabolisme, yang boleh membantu untuk mengurangkan berat badan.
2. Berkebun Secara Ringan

Berkebun juga menyeronokkan, kalau korang yang tinggal dan menetap di rumah teres ataupun rumah yang mempunyai tanah yang lapang berkebun adalah sesuatu aktiviti yang menyeronokkan. Berkebun adalah senaman yang sihat ia boleh mengeluarkan peluh yang banyak dan tidak bergitu meletihkan, Cth seperti menanam sayur, bunga dan sebagainya. Bagi Admin berkebun bukan sahaja sekadar bersenam malahan ia memberi kepuasan, dapat menjimatkan duit, korang pun dapat makan sayur sayuran yang fresh dan segar,

3. Berjalan



Berjalan, simple dan mudah. Berjalan adalah aktiviti yang sangat berhasiat dapat mengurangkan segala penyakit, boleh kurangkan berat badan, kuatkan tulang dan boleh buat kita gembira pulak tu. Berjalan kaki tidak memberi sebarang impak yang buruk, berjalan juga tidak lah memenatkan. Melakukan target contohnya 1 km ataupun 2 km sehari sudah mencukupi pada bulan puasa ini, tidak perlu terburu buru, anda boleh berjalan sambil membaca novel sambil mendengar lagu, jangan makan minum sudah lah. Untuk yang tinggal di rumah Apartment dan kondo korang boleh naik tangga, tak kena cahaya matahari tetapi mungkin sedikit kepenatan la, korang naik 4 atau 5 tingkat sudah mencukupi kalau tak cukup buat la 2 atau 3 set. Setiap set kena rehat 10 atau 20 minit dan teruskan.

4. Senaman Yoga


Senaman yogo juga tidak memenatkan dan tidak lah begitu berfizikal, buat yang simple simple post sudah lah, Korang boleh mengambil masa hanya dalam 20 atau 30 minit je, bentangkan tikar dan melakukan renggangan. Yoga juga boleh menurunkan berat badan selain ini dapat menenangkan fikiran. Fikiran tenang rasa lapar pun mana tahu boleh hilangkan…

5. Poco-Poco

Poco-poco senaman ringkas yang hanya mengerakkan badan, bulan puasa ni korang tak boleh la main futsal petang petang pancit dahaga semua siap, korang boleh tubuhkan team poco-poco lagi ramai lagi seronok, siapa kata poco-poco tak boleh keluar peluh. Haaa apa kata kalau korang pergi cuba, seronok pun seronok.. tak lah bergitu memenatkan, tak perlu mengunakan kekuatan fizikal pun. Boleh Enjoy musik lagi..

Elakkan


Aktiviti berfizikal tidak lah digalakkan contohnya seperti pergi Gym angkat berat, main bar ke, ia membahayakan kerana badan anda kekurangan tenaga. Kalau nak pergi gym tu lebih baik pergi malam, itu pun selepas pukul 9 atau 10 bila badan anda sudah mempunyai tenaga yang mencukupnya.

NO COMMENTS

Leave a Reply