5 Jenama Ice Cream Tersedap Di Dunia


Ini adalah 5 jenama Ice Cream yang tersedap di dunia. Secara jujurnya Admin tak pernah la rasa kelima-lima ni, tapi undian ramai yang setuju dengan kedudukan  ice-cream ni. Ice-cream ni lagi sempoi kalau makan dekat tengah tengah panas, ataupun masa cuaca dingin angin sepoi-sepoi ke kan.. dapat makan ice-cream perghtt. Baru layan..

Admin tengok gambar je dah terasa gatal anak tekak ni haa, sedaappnya.

1. Ben And Jerry’s

Ben And Jerry’s. Adalah sebuah syarikat Ice Cream yang sempurna, semua perisa Ice-Cream yang di jual sedap sedap..  Ada jugak yang tanya ada ke Ice-Cream jenama jual dekat Malaysia, Jawapannya tak ada. Mungkin ada tapi bukan Stall la, maybe jual dalam Market ke mungkin. Kalau korang nak sangat rasa, korang boleh pergi cari dekat Singapore.  Sebab dekat Singapore ada Stall dia, memang senang nak cari la. Ada yang kata rasa dia sedap sangat, sampai kalau terfikir je perut terus berbunyi. Hahaha..

2. Häagen-Dazs

Haagen-Dazs. Ice-Cream ni Admin pernah makan, kalau ada Ice-Cream ni dalam peti sejuk, memang Admin tapau sekejap je. Sedap memang sedap, cuma harga dia tak berapa nak sedap. Hahahaa.. Haagen-Dazs ni ada jual dekat Malaysia, banyak tempat la dekat KLCC ada Mid Vellay ada. So kalau yang belum pernah rasa tu, boleh la beli and rasa.. Lepas makan, baru korang tahu kenapa harga Ice-Cream dia mahal macam tu, tapi itu semua berbaloi. Kalau first time beli, try la Cookies and Cream. Sedap gilaa..

3. Blue Bell

Blue Bell ada yang mengatakan bahawa Blue Bell ni mempunyai rasa yang luar biasa, rasa original. Ermm camne tu ehh ? Camtu la.. Blue Bell ni penuh dengan rasa natural, mungkin ini yang membezakan Blue Bell dengan Ice-Cream yang lain, rasanya tidak terlalu manis dan sebagainya, ia sepurna sebagai Ice-Cream, Blue Bell tidak pernah mengecewakan kepada si pencuba, siapa yang try kali pertama mesti jatuh cinta. Yang sedihnya Ice Cream ni pun tak ada jual dekat Malaysia. Haihhhh..


4. Baskin-Robbins

Baskin Robbins guys, Ice cream ni dah bersepah dekat Malaysia, Stall dia senang je nak jumpa dah sekarang. Ice cream sedap gila, ramai yang mengatakan bahawa Ice Cream ni patut jadi no 1.  Baskin Robbins ada banyak perisa yang pelik-pelik yang korang tak pernah terfikir wujud pun perisa ni.. Hahahaa. Baskin Robbins sekarang bukan hanya sekadar Ice-Cream, diorang dah keluarkan cake dah. Sedap memang sedap untuk pengemar ice cream perisa chocolate korang boleh try Baskin Robbins punya chocolate flavors tak menyesal. Tengok je ice cream dia dah terliur sebab warna dengan topping dia memang superbb, tarikan ni. Harga dia berpatutan dan korang patut cuba.


5. Edy’s

http://www.gianteagle.com/ProductImages/PRODUCT_NODE_756/41548751276.jpg
Edy’s menjadi ice-cream yang menjadi kegilaan ramai, sebabnya ketebalan ice-cream. Edy’s ni simple je sebenarnya, yang buat Edy’s ni lain dari yang lain adalah ketebelan Ice-Cream dengan rasa perisanya yang kuat dan cream dia yang lain dari yang lain, rasa cream tu pekat dan creamy laa, Admin pun susah nak terangkan. Edy’s ni lebih kepada flavor la senang cerita, Admin tak pasti sama ada ice-cream ni ada dijual dekat Malaysia ke tak.

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge