5 Cara Senang Nak Belajar Matematik


Ada banyak cara nak balajar Math ni, banyak ada samapi 10, 20 cara nak belajar. Tapi kalau 1 pun belum tentu dapat ikut buat apa nak banyak-banyak kan ? Kalau yang jenis macam Admin ni tahu lebih dari 1000 cara tapi satu cara pun tak buat.. hahaha gurau gurau. Sebab banyak bergurau la markah matematik paras paras je.. Okey cukup.

Admin jadi lebih serious, selalunya math ni payah yela nak belajar benda merepek takkan la mak nak suruh beli goreng pisang cheese kita kira harga pakai Trigonometry semua tu kan.. Hahahaa 5 Cara Senang nak belajar Matematik.

1. Buang Semua Alasan Dan Betul Kan Niat.

Korang jangan bagi banyak alasan yang merepek-merepek macam dekat atas tu, Math memang pening, kalau korang sambung belajar nak ambik perniagaan, akauntan ke arkitek ke atau apa-apa kebanyakan nya guna Math, untuk kira purata dan macam macam. Jadi korang kena berhenti bagi alasan dan tukar niat, niat korang untuk mencari Ilmu bukan lulus exam markah atas pagar. Kalau niat nak menuntut ilmu, segalanya mungkin akan dipermudahkan dengan izinnya.

2. Jangan Mudah Putus Asa.

Matematik ni guys memang susah tapi mula-mula je, mula-mula je susah, sebab benda baru korang nak kenal, tapi bila dah kenal hati budi dan perasan senang la nak buat. Kalau korang dapat buat 1 atau 2 soalan mesti korang rasa korang pandai and semanga nak buat tu makin meningkat, bila tak boleh buat jangan la putus asa, sebab putus asa ni tanda kekalahan auu.. tak tahu tanya je cikgu ke, kawan-kawan ke.. dalam kelas tu tumpukan perhatian. Jangan angkat kaki ponteng PJ dengan kelas sebelah, nanti apa tak dapat. Hahahaa..

3. Tumpukan Perhatian

Tumpukan perhatian, dalam kelas ke dalam tuition ke korang memang kena tumpukan perhatian, awek lalu jalan luar kelas pun jangan hiraukan, sebab math korang tak tahu formula tak boleh buat, kalau belajar dekat rumah sendiri pun susah setakat tengok contoh buku bukan faham sangat pun. Jadi kalau cikgu mengajar atau kawan mengajar math tu focus tengok tahu tahu tanya, sebab korang kena faham formula tu. Kalau faham baru boleh buat.

4. Buat Latihan

Matematik memang kena rajin buat latihan, kalau boleh setiap hari kena buat sekurang kurangnya 2 atau 3 latihan untuk setiap bab. Math ni tak boleh last minit study sebab formula dia bersepah berterabur macam Mat Rempit nampak polis buat Road Block. Jadi korang kena la selalu buat latihan guna la 20 atau 30 minit setiap hari untul buat latihan.

5. Sabar

Sabar pun main peranan jugak, korang kena jadi penyabar. Untuk dapat formula kena sabar, kalau tak dapat jawapan pun kena sabar jangan mengalah, tak adanya sekali buat terus betul, kalau dah buat tu dah siap dapat jawapan gunakan kesabaran korang semak balik jawapan korang. Selain tu, korang kena buat math ni ikut step kalau dah dapat jawapan pun tetap kena tulis step kalau tak rugi tak dapat full marks.

Itu jela Admin boleh tolong, yang nak hadap SPM PMR tu rajin rajin la sikit ye. Semoga berjaya untuk korang-korang.  Study Smart Ehh.

SIMILAR ARTICLES

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge