toddlersleepBaru-baru ni Admin terkejut nampak budak umur 4 tahun tengah main ipad boleh berjaga sampai pukul tiga empat pagi. Gila tak terkejut dulu budak budak pukul 10 dah kena tidur, kalau berjaga pun tak ada apa nak buat.

Bukan kata budak budak, kita ni pun ada sesetengah yang susah nak tidur, bukan tak cuba tapi dah tak boleh nak tidur, tutup mata pun rasa macam masih berjaga kan ?

5 Cara Mudah Untuk Tidur Dengan Cepat

1. Tidur sambil mendengar lagu, pakai headphone yang lembut d ikut kesesuaian musik korang la, tapi lebih di syor kan musik musik yang perlahan yang tenang. Tak semua orang boleh buat cara ni, sebab macam Admin, Admin lebih selesa tidur tanpa sebarang bunyi dah musik,

2. Sebelum pergi tidur cuba teknik ini, lebih bersantai dan progresif,  kata Catherine Darley , ND , pengarah Institut Naturopathic Sleep Medicine di Seattle. Cuba bengkokan jari kaki dengan ketat dan kira hingga tujuh, dan kemudian relaks.

3. Rutin harian pun mempengaruhi bagaimana kita tidur. Kata Stephanie Silberman , PhD , pengarang The Insomnia. Setiap hari , kita harus merekod berapa banyak kafein yang telah kita minum, bila dan berapa banyak kita bersenam dalam seminggu, jadi kita harus menjaga pemakanan dan harus bersenam dengan lebih kerap.

4. Memastikan suhu sekeliling yang selesa, sesengah orang suka kan suhu yang sejuk malah sesetengah suka suhu yang tidak sejuk dan tidak panas, suam mungkin. Menurut Silberman tetapkan suhu bilik dalam 24c ke bawah akan memudahkan lagi seseorang itu untuk tidur.

5. Dr Darley berkata. Sebelum tidur, cuba berada di atas katil 1 jam lebih awal, satu jam itu adalah untuk berehat. Dr Darley menyuruh supaya mengambarkan sebarang pemandangan yang tenang, seperti di pantai, padang hijau dan sebagainya.

Admin harap cara-cara ini dapat membantu supaya korang mudah tidur.

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge