Kadang-kadang kita cakap nak simpan duit nak berjimat, nak kurangkan belanja, padahal itu semua mulut je. Bila ada duit je dalam wallet tu terus guna beli benda yang bukan bukan. Duit dalam wallet tak sempat nak beranak dah kena guna.

how-to-save-money

Sesetengah dari kita mungkin dah ada target dan impian, nak pergi bercuti nak beli kasut, baju, mungkin telepon bimbit, phone pun dah mahal samsung, sony, iphone mana nak dapat dah bawah 500 ratus sekarang ni. Tapi duit tak sampai lagi separuh barang idaman dah habis, pergi mana tu ?? entah la labu.

Jadi Admin Akan List Kan 5 Cara Mudah Untuk Berjimat.

1. Tinggalkan Kredit Kad

Jangan bawa kredit kad tu debit kad pun sama, tinggalkan dekat rumah ataupun tinggalkan dalam kereta selit la dekat mana-mana, sebab kita ni kadang kadang tak perasan yang kita ni dah lebih budget, dan kadang kadang kita overspend.

2. Mintak Diskaun

Kadang kadang ada je kedai yang boleh mintak diskaun, kita tak tanya dia tak bagi la, jadi malu malu tu simpan tepi dulu buat muka tembuk mintak je. Kalau tak dapat takpe kalau dapat dah jimat dah duit kita. Mintak la diskaun yee.

3. Tunggu

Cara ini mungkin pelik sedikit, cara menggunakan teknik “Tunggu” tu macam ini, suruh owner kedai tu simpan barang itu selama 2 hari bersamaan 48 jam. Contohnya korang pergi ke kedai baju, suruh owner tu simpan kan baju tu selama 2 hari, dalam masa 2 hari tu, kamu fikir masak masak, baju tu penting ke tidak, kalau penting pergi tanya balik dan kalau baju itu masih ada kita beli, kalau baju tu telah dijual, tak ada rezeki la. Tapi ingat motif dia untuk SAVING duit korang kan.

4. Nasihat

Kena buat group nasihat, group ini adalah untuk menasihat antara satu sama lain, nasihat boleh, bagi warning boleh, marah boleh, jangan pinjamkan duit sudah. Jadi sebelum melakukan sebarang pembelian tanya group ni dulu dan cuba dapatkan nasihat daripada diorang.

5. Buat Research

Sebelum melakukan sebarang pembelian kaji dulu, kaji harga di setiap kedai, bandingkan dengan di web site, dan sebagainya. Pilih harga yang menarik dan murah, buat kajian sangat penting risau korang kecewa, kenapa harus belanja lebih kalau boleh dapatkan dengan harga yang murah.

17121923990_ba6b3b8fe6_b
Jadi ini adalah 5 cara mudah untuk berjimat, kalau cari ini membantu comment la, kalau korang ada cara yang lebih baik dan tidak memeningkan share la dengan kita orang okey 😉

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge