5 Alat Komputer Yang Canggih Korang Patut Beli.

Admin akan list kan 5 alat Komputer yang canggih dan sudah pasti yang terbaik. Admin pun terkejut masa dapat tahu yang benda ni memang wujud untuk komputer. Woww.. Memang canggih gila. Pasal harga Admin tak tahu mahal ke murah, hehehee.. Tapi kalau korang tengok je mesti korang termimpi-mimpi, mengidam je. Huhuhuu

1. Slide And Joy


Slide And Joy adalah satu kemudahan kepada pengguna, Slide And Joy ini adalah screen mudah alih yang nipis dan ringan, boleh bawak ke mana mana. Terdapat 2 Screen jadi kalau cantumkan dengan Laptop korang dah jadi 3 screen, kira kanan dan tengah woww gempak kan. Faham tak ?

Admin bagi gambar penjelasan.. Haaa Camni la.



Tak menyusahkan korang hanya perlu cucuk USB dan terus connect, menggunakan USB 3.0 ataupun 2.0. Sesuai untuk Mac ataupun Laptop biasa, untuk memudahkan lagi ia boleh buat rotation 180 darjah. Nipis ringan dan kuat, Screen HD. Sesuai Untuk gamers jugak, boleh main dota puas-puas screen besar gila.

2. Zcanwireless


Mouse ataupun tetikus yang pertama di dunia yang boleh scan. Ni nak cerita sikit, angan-angan aku masa sekolah rendah dulu nak ada pencil yang boleh salin sendiri semua fact ataupun homework yang ada dalam buku teks ataupun buku member tanpa perlu tulis dan lukis. So kira nak copy paste jela. Tapi sekarang angan-angan dan impian itu menjadi kenyataan, tapi bukan berbentuk pencil tapi Mouse. Perpghtt makin malas la manusia nanti.


Memang terbaik la, korang scan je apa yang korang nak, tulisan graf-bar ataupun gambar semua dia dapat scan dan terus paste ke komputer, tab atau pun phone korang. Jadi tugas dan kerja korang akan lebih mudah kalau ada benda ni.

3. Keyboardio

Keyboard benda biasa, dan berkurun keyboard ni flat surface dan membosankan. Keyboardia ada kelainan dia, kelainan dari segi reka bentuk dan lebih terperinci. Walaupun rupanya agak pelik, Admin tak pasti Admin boleh tak guna Keyboardio ni ke tak, mesti awkward mula mula nak guna. Tapi semua orang yang guna Keyboardio ni berpendapat ini adalah cara yang betul menggunakan keyboard kerana jari korang akan lebih selesa dan tidak penat.

Boleh dilipat, tidak berat, boleh dibawa kemana-mana, berlampu dan yang paling penting sangat selesa. Apa pendapat korang dengan Keyboardio ni ?

4. Remix Mini


Dikeluarkan boleh Remix OS, Remix mini adalah sebuah alat yang cukup menarik dan simple tetapi banyak kegunaannya. Remix mini membolehkan anda bekerja dan berseronok menggunakan ekosistem aplikasi Android.

Remix mini mempunyai butang kuasa sentuh yang sungguh kapasitif tidak seperti mana-mana PC yang lain.


Ia boleh di connectkan dengan DC Adapter, USB 2.0, Internet, HDMI dan juga Headphone. Yang canggihnya ia mempunyai penguasaan internet yang laju, korang takperlu lagi risau tak dapat download movie atau pun apa apa kerana mempunyai prosessor yang tinggi dan laju selain itu ia mempunyai memory 16GB dan 2 GB ram.

5.SwiftPoint


Swiftpoint sama seperti Mouse ataupun tertikus, cuma zaman sekarang orang dah ramai selesa menggunakan tab ataupun apa apa yang bersentuh dan lebih lancar, kalau guna mouse susah sikit nak kena sroll atas bawah, dengan adanya SwiftPoint lebih mudah korang just slide kan je. Macam tak guna mouse.


Ia juga selesa untuk digunakan, sangat senang di pegang kerana reka bentuknya yang padat dengan jari anda. Swiftpoint juga ringin, dan tidak memerlukan touchpad seperti mouse. Jadi korang boleh menggunakan di dalam LRT, Kereta, Bas dan sebagainya dengan mudah.  Charge menggunakan  USB dan sudah semestinya Wireless.

Fuhhh tadaaa. Admin dah berjaya list kan 5 Alat Komputer Yang Canggih Korang Patut Beli. Jadi apa tunggu lagi beli laaa.. Mari berhuuhuu

NO COMMENTS

Leave a Reply