10 Makanan Di Malaysia Yang Menggemukkan Anda

Berikut adalah senarai makanan Malaysia yang paling menggemukkan. Senarai di sini tidak terhad kepada makanan tempatan Malaysia tapi makanan kegemaran di Malaysia termasuklah daripada fast food, trend dessert dan sebagainya.

Jadi Admin akan listkan 10 makanan yang menggemukkan orang Malaysia.

1. Roti Canai


Sesetengah orang, elak makan nasi tapi sebat roti canai 3 keping breakfast, malam lepak mamak sebat lagi 3 keping. Fuhh~~ Sekeping 300kcal tanpa kuah. Kalau 2 keping dah 600kcal. Ia mudah, cepat, murah tapi sememang bukan pilihan yang sihat.

2. Nasi Lemak


Standard la orang Malaysia pagi mesti nasi lemak. Tapi sekarang trend sudah berubah, nasi lemak tak kira masa dah, malam pun ada kedai yang masih jual nasi lemak. Nasi lemak disebabkan santan yang berlemak tinggi, nilai kalori nasi lemak sebungkus dalam 350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam 600kcal.

3. Fast Food


Dekat Malaysia, Fast food pun dah macam kebiasaan. Kalau bukan selalu takpe, sekarang harga Fast Food pun dah menjadi semakin lah murah. Jadi makin ramai la orang, Wifi pun free kan.  Fast food memang sedap tetapi ia berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh cecah 900kcal.

4. Mamak


Kenapa Mamak ? sebab mamak ni jadi tempat paling seronok nak lepak dengan riuh rendah, wifi free pulak tu. Sekali lepak mesti lama kan, mesti banyak makan minumnya. Mamak selalunya masak menggunakan kuantiti minyak yang banyak, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti banyak, kalau korang dah lapar sangat bedal jela.

5. Donat


Donat dah banyak jual dekat Malaysia ni dulu famous Dunkin Donuts je, sekarang dah banyak Big Apple, Krispy Kreme, J.co s dan banyak lagi la.  Memang lazat dan cepat makan cepat je habis. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1″ dah 1200kcal.

6. Goreng Pisang


Ini kelasik balik kampung mesti telan, tapi kalau balik kampung baru telan takpe. Ada yang ngantok dekat office setiap petang je beli goreng pisang ni. Sekarang dah discover Pisang Goreng Cheese pulak fuhh, sebab 1x pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).

7. Minuman Bergula

Orang Malaysia ni suka sangat minum mani-manis. Kopi pun nak manis kalau boleh, baru sedap kan. Jadi elak-elak kan la. Masalah minuman bergula? Well gula! 1g gula = 4kcal dan ia kandungan utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula berkarbonat = 150kcal. Kalau dah banyak minum manis, banyakkan jugak minum air kosong biar dia refresh kan balik.

8. Teh Tarik


Fuhh minat sungguh kan, mamak punya teh tarik paling sedap, buih banyak susu pekat. Hati-hati kerat kaki karang. 1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.

9. Kuih-Muih


Dessert la ni, Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal.

10. Nasi


Sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang baik) tetapi salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih hari-hari tapi cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1 genggam sederhana = 150kcal.

Admin dah listkan 10 jadi pandai pandai la korang yeaa.. Jaga permakanan dan menggamalkan gaya hidup sihat.

NO COMMENTS

Leave a Reply